73 ahli KRS terima kenaikan pangkat


JITRA – Seramai 73 orang ahli Kedet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS telah menyertai kursus kenaikan pangkat peringkat daerah Seperang Perai Utara yang berlangsung di Kem Desa Pahlawan, di sini, semalam.

Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara, Adnan Idris berkata, tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih pelajar mengikuti asas kurikulum kebangsaan yang kita telah tetapkan baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Katanya, objektif sampingan juga adalah untuk melatih pelajar agar dapat meningkatkan jati diri yang sebenar di masa hadapan.

'Dikenali Kadet Putera Islam pada tahun 1987'

“Kita perlu lihat bagaimana KRS ditubuhkan sejak 17 tahun yang lalu pada tahun 1987 disekolah-sekolah sekitar persekutuan dibawah sektor pendidikan agama Islam.

“Ketika itu KRS dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Namun, setelah perlaksanaannya di beberapa sekolah lain, ia diubah kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).

“Pada tahun 1995 pula, KRIS diperkenalkan sebagai kurikulam sekolah dan di ubah kepada Kadet Remaja Sekolah,” katanya kepada Media Wahana.

'Penekanan tentang Islam'

Adnan berkata, sebab itu kita lihat KRS ini banyak menekankan tentang Islam. Walaubagaimanapun, pada tahun 1998, kabinet telah memperluaskan penyertaan KRS kepada semua kaum lain.

“Terlalu banyak pendekatan KRS kepada agama Islam. Contoh yang dapat dibuktikan adalah ketika kawad kaki, setiap pergerakan mesti dimulakan dengan kaki kanan atau langkah kanan.

“Saya yakin dan percaya tidak semua ahli KRS mahupun TKRS pernah sertai perkhemahan yang berlangsung sejak 18 hingga 20 september seperti aktivti dalam air walaupun kementerian melarang sebarang aktiviti melibatkan  air.

“Ia adalah kerana kurikulum KRS membenarkan aktiviti sedemikian dan tiada halangan selangi guru-guru pelatih mengambil berat dan perhatian terhadap setiap peserta,” katanya.

Menurutnya, semua ahli KRS perlu mempunyai tujuan dan sasaran utama untuk mendapatkan pangkat paling tinggi sebelum tamat pengajian dalam tingkatan lima nanti. Ini adalah peluang yang tidak dapat berulang kali.

Dalam pada itu, Adnan turut menyampaikan lencana dan sijil kenaikan pangkat kepada 73 orang ahli KRS yang mendapat kenaikan pangkat staff sarjan, sarjan dan koperal.

'Kawad kaki dapat disiplinkan diri'

Sementari itu, Lim Yi Fang, 16, berkata, dia memilih menyertai KRS sejak di tingkatan satu kerana minat kepada aktiviti kawad kaki.

Katanya, aktiviti kawad kaki sebenarnya dapat mendisiplinkan diri pelajar selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan.

Dia yang mendapat kenaikan pangkat Sarjan pada tahun ini berkata, perkhemahan tahun ini sangat seronok kerana bercampur dengan pelajar sekolah rendah.

“Walaupun saya dan seorang kawan lain sahaja berbangsa cina berbanding 98 peratus lain berbangsa melayu, kami selesa berkawan dan bergiat aktif bersama dalam satu pasukan,” katanya

Terdahulu, dia mendapat kenaikan pangkat koperal pada tahun lalu menerusi kursus yang dilaksanakan dalam peringkat sekolah.

Dalam pada itu, Muhammad Kasyful Azim Rosli, 16, berkata, dia berasa sungguh bangga kerana terpilih di antara yang terpilih untuk mendapat kenaikan pangkat kepada staff sarjan sekaligus memegang jawatan sebagai ketua penghulu dalam perkhemahan kali ini.

Kasyful berkata, bukan senang untuk menjaga 42 orang pelajar sekolah menengah dan 30 orang pelajar sekolah rendah dalam satu masa. Ini merupakan satu amanah dan cabaran bagi saya sebagai ketua dalam kursus ini untuk memastikan keselamatan semua peserta sebelum pulang ke sekolah nanti.

Dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Abdul Ahmad Badawi turut mendapat kenaikan pangkat sarjan pada tahun 2010 yang lalu dalam sesi perkhemahan yang sama peringkat negeri Pulau Pinang.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan