Anwar belum buat keputusan jadi Menteri Kewangan


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat sebarang keputusan sama ada akan memegang portfolio Menteri Kewangan bagi mengecilkan saiz kabinet yang bakal dibentuknya.

Anwar berkata, pihaknya akan melihat segala kemungkinan dan setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat mengenainya.

"Kami akan meneliti semua kemungkinan, namun setakat ini saya belum mempertimbangkan (jawatan Menteri Kewangan)," katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini pada Jumaat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebelum ini berjanji untuk merealisasikan janji mengecilkan saiz kabinet kerajaan perpaduannya kepada maksimum 25 menteri sahaja berbanding jumlah 31 menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar pernah memegang portfolio Menteri Kewangan selama lapan tahun bermula dari tahun 1990 hingga 1998 sebelum dipecat daripada kabinet Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengalaman hari pertamanya menjadi Perdana Menteri, Anwar berkata, banyak isu yang harus dilihat dan diselesaikan. - Sinar Harian

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan