<div style='background-color: none transparent;'></div>
Home » » E Bonus Baru Lebih Dinamik, Sporty.

E Bonus Baru Lebih Dinamik, Sporty.


Gambar: (dari kiri) Pengurus SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, CEO SYM, Datuk Ariffudin, Pengarah SYM Malaysia, Tan Lean Heah dan COO SYM, Fabian Ong ketika melancarkan model E Bonus di Hatyai baru-baru ini.

Bukit Mertajam-

Awal bulan februari yang lalu, syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan sebuah lagi motosikal moped keluaran jenama SYM (Sanyang Motor) iaitu E Bonus.

E Bonus merupakan adaptasi daripada model moped terdahulu iaitu Bonus110 yang mendapat sambutan ramai di seluruh negeri.

Gambar: COO SYM, Fabian Ong bergambar diatas motosikal E Bonus bersama Pengurus SYM, Pallmon neoh kok Boon (kanan).

Sementara itu, Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon ketika ditemui di kilang pemasangan motosikal SYM dekat Alma, Bukit Mertajam berkata, motosikal E Bonus merupakan moped yang paling canggih dengan harga yang paling murah.

“Kapasiti enjin sebenar motosikal E Bonus adalah 110cc dan merupakan moped pertama yang menggunakan enjin berkuasa tinggi.

Gambar: Bentuk depan yang lebih dinamik dan sporty.

“Selain penambahbaikkan di bentuk depan yang nampak lebih dinamik dan sporty, E Bonus turut menampilkan kepak sisi yang lebih besar dan cantik untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

“Objektif sampingan kepak sisi dibesarkan adalah untuk mengelak kasut pengguna daripada basah ketika hujan renyai-renyai. Selain tu, ia turut menambahkan ciri-ciri keselamatan terhadap kaki pengguna sekiranya terlibat dalam kemalangan kecil.

Gambar: Kepak sisi yang lebih besar dan cantik.

“Model E Bonus ini juga amat menjimatkan minyak dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat kerana harganya hanyalah RM2,888 (tidak termasuk insurans dan atas jalan).

“SYM mensasarkan untuk menjual model terbaru ini sebanyak 28,000 unit setahun.” Katanya.

Bukti kepuasan penggunaan motosikal E Bonus turut diakui terbaik oleh Duta SYM Malaysia, merangkap Penyerang Skuad Kebangsaan Harimau Malaysia, Safee Sali.

Share this article :

16 comments:

konfius.com berkata...

Saya baru beli e-bonus 110 july 2012.
1. Pada mulanya, tak yakin sangat dengan brand SYM. Alhamdulillah setelah pakai hampir 2 bulan, clock is showing about 1200 km.
2. Dari segi minyak, memang jimat. 160km untuk RM5. So, 32km = RM 1. Ayah saya pakai honda ex5, dpt RM20km = RM 1.
3. Overall. recommended to everyone.
4. Dan saya bukan promoter.. hehe.
Fikri Tamrin

Tanpa Nama berkata...

Saya menggunakan SYM Bonus 110 (model Disc Brek), milage telah mencecah 2000 kilometer. secara keseluruhannya berpuashati dengan produk ini, cuma paparan kelajuan pada panel meter terlalu laju berbanding kelajuan sebenar dengan anggaran 30km/j ralat.

Tanpa Nama berkata...

Moto Bonus ni bagus. Tapi meter kelajuan dia ringan. Senang je nak outmeter. Lg satu tank minyak ada palang. Bila isi mnyak besepah sbb x dpt msuk dlm2 muncung mnyak tu dlm tank. Clutch plate/gearbox tidak sehebat Honda.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan konfius.com, e bonus sangat menjimatkan dari segi penggunaan minyak.. Saya sangat berpuas hati dengan prestasi motosikal ini..

roslisulaiman berkata...

http://roslisulaiman722.blogspot.com/search/label/laos

Andy Jutaim berkata...

Sy sudah menggunakan e-bonus selama 3 bulan, bermula dari bulan Mac hingga Jun ini. Pandangan saya mengenai motorsikal ini ialah:
1) Sangat menjimatkan minyak berbanding motorsikal lain kerana saiz karburator yang agak kecil berbanding motor lain
2) Paras motor yang agak tinggi dan kekadang menyusahkan apabila berhenti.
3) Reka bentuk yg menarik dan sporty, sesuai utk anak muda yg inginkan pandangan drpd mata anak gadis.
4) Bunyi enjin yg agak kuat apabila mencapai kelajuan tinggi (80 km+)
5) Meter kelajuan yg ringan dan senang utk outmeter.

Nasihat saya, patuhi peraturan penjagaan yg tlh ditetapkan di dlm manual yg disertakan. Servis setiap 1000km, cuci pembersih udara (air filter), periksa rantai selalu, dan pandulah dgn berhemah dan cermat. Jagalah motorsikal anda,dan utamakan ketersampaian dan tujuan utama motor sbg pengangkutan, kerana harus saya akui motor ini senang untuk dipotong oleh motor jenama terkemuka (yamaha,honda) yg lain. Yg penting, duit kocek anda sentiasa tebal dan berisi tanpa dibebankan oleh keperluan utk membeli bahan api. Peace! ;-)

Daniel Ong berkata...

Saya pengguna SYM Bonus yang selama 3 minggu, milleaga saya skarang 3000km. Setakat ini, semua ok, cuma bunyi engine kuat sikit bila laju pada 90kph. Tak pasti bila engine dah smooth nanti bunyi kureng tak. Dari segi minyak, breaking, semua cun.

Daniel Ong berkata...

Dah tayar original terlalu kecil, tayar lebar sikit sepatut dibagikan.

Tanpa Nama berkata...

Ingt nk bli sebijik, dh servis merata tmpt dr pengguna sym sampai ke intnt, suma ckp moto ni baguih..cuma satu dua sj mslh, tu pun mslh kecik habuk ja, biasalah x semua produk prefect even yg branded cm yamaha, honda pun ada problem gak. Confirm hujung bulan ni pi booking satu.

Tanpa Nama berkata...

saya pengguna sym bonus 110 semasa nak beli penjual kata semuanya baik bak kata lembut gigi dari lidah... setelah membeli beberapa bulan baru tahu masalahnya.. motor ni memang murah tapi sebenarnya ianya un tuk orang kaya-kaya yang banyak duit.. pihak pengeluar tidak pernah memberi jaminan bahawa alat ganti motor sym ini boleh didapati dengan mudahnya dan dengan harga yang rendah seperti harga motor.. penjual alat ganti dan mekinik motosikal yang berpengalaman dan jujur akan memberitahu kebaikan dan keburukan motosikal ini.. para penguna yang bercadang nak membeli sym bonos kerana tertarik dengan harga dan rupanya yang cantik.. fikirlah banyak kali.. sayangi duit anda. kalah membeli tapi menang memakai..

Tanpa Nama berkata...

Saya akan beli satu Motorsikal yang baru dalam masa satu dua minggu ini (tenggah cari sama ada Kirss MR1 atau SYM E Bonus 110). Ada orang kata spare part Kriss mahal and juga ada orang kata spare part SYM E bonus banyak tiada. Ini saya pun tidak tahu mana yang benar. Saya lebih suka bentok dan lampu depan Ebonus mentol H4 12V 35w/35w. Tetapi say tidak tahu sama ada ia DC atau DC. Boleh saya tukar mantol H4 12V 55W/60W atau H4 punya HID? Ada mana boleh saya dapat data nya?

sham mohd berkata...

saya ndk beli ebonus atau rrbonus.. tapi dah dgr macam-macam hal... so saya rasa banyak masalah pula. jadi terpaksa naik honda c70 yg dah reput lah...x der masalah.

Tanpa Nama berkata...

ya sy tak setuju

Tanpa Nama berkata...

sabtu ni baru nak dgar ceramah utk ambil lesen p...cdg nak beli satu... lepas solat jumaatada pi tengok sym sport bonus hargaRM3800.

Tanpa Nama berkata...

sapa dah pakai sport bonus sr? tlg komen sikit. tq

Tanpa Nama berkata...

saya baru membeli SYM 110 pada hari ini,dan saya dapati sym mmg baik dan menjimatkan bahan api,slamber je nak tungang tapi agak tinggi sedikit :D

Catat Ulasan

 
Copyright © 2011. Media Wahana . All Rights Reserved
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Modify by Creating Website. Inpire by Darkmatter Rockettheme Proudly powered by Blogger