Maxsym400, T2 250 Jadi Tarikan


Gambar: Model dan petugas SYM bergambar kenangan di Skuter Maxsym400 (kiri) dan superbike T2 250 (kanan) Baharu.

Pulau Pinang-

Syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd dan pengedar rasmi motosikal MegaFortune telah mengadakan pameran motosikal di Plaza Gurney sempena program GP Motoshow baru-baru ini.


Pameran selama lima hari itu turut mempamerkan pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi dan skuter jenama SYM di Malaysia.

Gambar: SYM Joyride Baharu


SYM juga turut mengambil peluang untuk mempamerkan kepada orang ramai motosikal moped keluaran terbarunya iaitu Ebonus dan Joyride yang telah dilancarkan di Hatyai baru-baru ini.


Sementara itu, Eksekutif Pemasaran SYM, Kua Wai Seng ketika ditemui berkata, bilangan pelawat yang melawati pameran SYM mencecah lebih 600 orang sehari.

Gambar: Skuter Maxsym400 baharu (kiri) dan SYM Evo250i (kanan).


“Jumlah berikut adalah disebabkan oleh tarikan pelawat untuk melihat motosikal terbaru SYM yang bakal dilancarkan pada bulan mei nanti.


“Motosikal dimaksudkan adalah skuter Maxsym400 dan superbike T2 250 yang kini menjadi impian orang ramai untuk memilikinya.” Katanya.


Pameran motosikal turut diserikan dengan model yang cantik.

Gambar: Gambar kenangan bersama kelab facebook SYM Owner.


Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan