Promosi

Promosi
Crypton LC Konvoi ke Ipoh




Butterworth-

Kelab Crypton LC yang menunggang motosikal Yamaha 135LC telah mengadakan konvoi ke Ipoh, Perak baru-baru ini.

Konvoi bermula dari stesen minyak Shell Mak Mandin sempena majlis bersama PDRM untuk menyampaikan bantuan kepada ibu tungggal, anak-anak yatim, mangsa kemalangan jalan raya dan pekerja shell cemerlang.

Presiden Kelab Crypton LC, Mohd Izani Mohd Zain ketika ditemui berkata, tujuan konvoi ini adalah untuk menguji penjimatan minyak petrol shell.

“Objektif sampingan program ini juga adalah untuk mengadakan perbincangan aktiviti akan datang bersama kelab Yamaha LC Ipoh.

“Sehingga kini, Kelab Crypton LC telah mempunyai ahli seramai 50 orang yang berdaftar di Pulau Pinang.” Katanya.

Program di Shell Mak Mandin turut mengadakan pertandingan motosikal tercantik dan motosikal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.


Teks: Mohd Fakhri

Foto: Mu'az

2 ulasan

  1. Tq sbb publishkan berita tentang kelab Crypton LC. Bagi anda yang ingin join kelab Crypton LC, sila ke laman web rasmi kelab di http://135lc.tanabe84.net

    BalasPadam
  2. Shell Mak Mandin - AMN SS
    looking forward utk ride yg akan datang......CRYPTON tERBaekk....

    En. Fakhri, Pihak Shell....amat berbesarhati On YoUR SuPPorT..

    Terima KaSih...SeMUa

    BalasPadam