<div style='background-color: none transparent;'></div>
Home » » SYM Perkenal Produk Baru

SYM Perkenal Produk Baru





BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG -

Motorsikal kini bukan saja dijadikan sebagai pengangkutan yang penting, malah ada segelintir penggemar motorsikal menjadikan ianya sebagai hobi masa lapang. Hal ini kerana terdapat pelbagai penggemar motorsikal menghiasi motorsikal mereka dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik.

Motorsikal yang dikeluarkan oleh syarikat Sanyang Motorcycle (SYM) telah beroperasi selama 60 tahun di Taiwan. Kini SYM mula beroperasi di Malaysia sejak dua tahun yang lalu bagi mengeluarkan motorsikal ‘Mesra Alam’.

Sejak bertapak di Malaysia, SYM telah berjaya mengeluarkan empat jenis motorsikal yang mempunyai kapasiti engine yang berbeza yang sesuai di tunggang untuk apa jua situasi dan keadaan. Antara motorsikal yang dikeluarkan oleh SYM ialah Radar 125, VTS 200, dan Symphony EVO 250i.

Pada awal bulan Jun yang lalu, SYM telah berjaya mengeluarkan sebuah motorsikal baru yang diberi nama ‘Bonus 110’ berkapsiti engine yang sesuai digunakan untuk golongan muda hingga warga emas.

Pallmon Neoh Kok Boon, Pengurus Besar SYM ketika ditemu bual menjelaskan bahawa SYM kini mempunyai jumlah tenaga kerja seramai 130 orang. Selain itu, SYM juga mempunyai 160 pengedar di seluruh malaysia termasuk penggedar terbesar di Pulau Pinang iaitu Mega Fortune yang terletak berhampiran Pasaraya Mega Mall, Perai.

“Di syarikat SYM saya mengutamakan kualiti dan tanggungjawab pekerja. Selain itu, saya akan mengadakan perbincangan dengan pekerja agar dapat memastikan arah perjalanan masa depan syarikat dapat menepati sasaran serta mengetahui masalah yang dihadapi pekerja.

“Dari masa ke semasa saya akan memastikan produk yang dihasilkan akan sentiasa dikemas kini dan diperbaharui supaya SYM dapat diterima masyarakat. Justeru itu, saya juga akan pastikan pengguna akan mendapat keuntungan apabila membeli motorsikal SYM. Contohnya, SYM akan memberikan perkhidmatan ‘service’ motorsikal secara percuma selama setahun.” Katanya.

Jelas beliau lagi, ini merupakan kali pertama SYM mengeluarkan motorsikal berkapsiti engine rendah yang berbeza dengan motorsikal lain. Kelebihan motorsikal Bonus 110 yang baru dikeluarkan ini ialah seratus peratus menggunakan barangan import dari Taiwan. Selain itu, ianya juga dapat menjamin keselamatan penungggang kerana kelajuan motorsikal Bonus 110 hanya dapat ditunggang 120km/j.

Dengan menggunakan teknologi mesin pemasangan motorsikal secara ‘semi-auto’, SYM berjaya mengeluarkan lima ratus buah motorsikal sebulan serta dapat menjual lebih dua ratus buah motorsikal sebulan.

Pada masa ini, SYM masih memerlukan tenaga pekerja yang berkemahiran untuk mengisi kekosongan dibahagian pemasangan motorsikal. SYM juga akan memberikan kursus kepada pekerja-pekerja baru supaya dapat membentuk pekerja berkemahiran sekaligus dapat mengeluarkan produk motorsikal berkualiti.

Disamping menjadi pengeluar motorsikal yang baru, SYM turut mempunyai sebuah kelab motorsikal yang diberi nama Sanyang Motorcycle Club (SYMC). SYMC adalah sebuah kelab konvoi motorsikal yang mempunyai lesen Marshal. Disamping menunggang motorsikal, SYMC turut beramal dibeberapa buah tempat pelancongan diseluruh negeri.

Share this article :

1 comments:

rambo berkata...

Nama saya Aidit dari Miri Sarawak. Saya ingin tahu sama ada anda mempunyai seat net cover untuk scooter sym vts 200?

Catat Ulasan

 
Copyright © 2011. Media Wahana . All Rights Reserved
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Modify by Creating Website. Inpire by Darkmatter Rockettheme Proudly powered by Blogger