Suami Isteri Usahakan Minuman Berkabornat



-->
--> SUNGAI PETANI - Minuman atau air adalah sejenis barang cair yang boleh diminum. Air adalah penting untuk meneruskan hidup dan adalah lebih penting berbanding makanan.

Kematian akan terjadi selepas seminggu tanpa sebarang air tetapi manusia diketahui dapat hidup tanpa makanan selama beberapa bulan.


Berhubung dengan kenyataan berikut, sepasang suami isteri di Taman Delima, dekat Sungai Petani telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah perniagaan minuman berkarbonat. Tujuan mereka tubuhkan perniagaan ini adalah kerana minat untuk berniaga.


Perniagaan ini diusahakan sepenuhnya oleh Siti Faridah Ismail sejak 8 tahun yang lalu. Beliau semasa ditemubual berkata, “Pada zaman dahulu, di Sungai Petani inilah satu-satunya pengeluar produk minuman berkarbonat pertama yang paling popular.

Sejak munculnya syarikat minuman berkarbonat yang baru, maka perniagaan saya ini semakin tidak popular. Malahan juga terdapat pelbagai masalah untuk mengembangkan lagi perniagaan ke pasaran nasional dan antarabangsa.


“Masalah yang paling besar dalam perniagaan minuman berkarbonat ini semestinya adalah masalah gula. Masalah gula ini tidak pernah selesai sejak dahulu lagi. Bagi menyiapkan proses membuat air berkarbonat ini, saya memerlukan 100 guni gula sebulan dan kos untuk membelinya pada harga RM8250 sebulan. Tetapi pada masa kini saya perlu membayar gula pada harga RM15000 sebulan.” Jelasnya.


“Saya mendapat bekalan botol-botol minuman kosong dari pembekal yang berada di Bukit Minyak, Pulau Pinang. Setelah mendapatkan bekalan botol-botol tersebut, saya akan menyuruh pekerja-pekerja saya memasukkan label minuman ke dalam setiap botol sebelum meneruskan proses mengisi air ke dalam botol.


“Setiap proses membuat bacuhan minuman berkarbonat biasanya akan dilakukan secara manual oleh pekerja-pekerja saya. Saya kini hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa berbanding pada masa dahulu saya mempunyai lima orang pekerja sahaja. Pekerja-pekerja saya yang lain berhenti bekerja kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.” Katanya.


Bagi memulakan perniagaan minuman berkarbonat ini, beliau telah mengeluarkan modal sebanyak RM50000 untuk membeli mesin-mesin membancuh air minuman secara manual dan lain-lain keperluan perniagaan. Beliau juga membeli mesin-mesin membancuh minuman berkarbonat secara manual pada harga RM15000 setiap satu.

Jelasnya lagi, “ saya mensasarkan untuk menyiapkan 1 juta botol seminggu dan akan menjualnya ke pasaran yang berhampiran termasuk di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang. Bagi melengkapkan kelekapan sebagai pengeluar minuman berkarbonat, saya telah mengeluarkan pelbagai perisa minuman seperti perisa Kola, Sarsi, Soda, Strawberi, Anggur, Oren, Kola Biru dan buah-buahan. Pelbagai perisa ini amat digemari oleh setiap golongan masyarakat tidak mengira agama, bangsa dan budaya.


“saya ingin meluaskan lagi pasaran saya ini ke peringkat lebih tinggi. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga dan ingin mendapatkan pati air minuman berkarbonat ini bolehlah datang ke syarikat saya dengan membawa botol yang siap dilabel dan tudung botol untuk dipek.

"Sekiranya ada juga pihak yang berminat untuk menjadi agen pemasaran produk minuman berkarbonat ini turut dialu-alukan. Saya menjanjikan bahawa perniagaan ini tidak akan menyesal dan akan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda.


“Pada bulan Ramadhan ketika seluruh umat islam mengerjakan ibadah puasa pada setiap tahun, saya telah membuka sebuah gerai di Bazar Ramadhan di Taman Delima, dekat Sungai Petani. Hendak dijadikan cerita, saya mendapat keuntungan sebanyak RM1000 sehari apabila menjual minuman berkarbonat ini seawal jam 4 petang hingga 7 malam. Hal ini telah terbukti bahawa perniagaan minuman berkarbonat ini menghasilkan pendapatan yang lumayan.” Katanya.


Murad Samud ketika ditemuabual berkata, “Saya berasa amat seronok berniaga seperti ini dan berasa sangat bangga dapat membantu isteri saya memajukan perniagaan ini. Saya juga berasa amat lega sekarang kerana telah membantu meringankan beban isteri saya untuk melaksanakan tugas yang mencabar ini. Lagi pun, perniagaan kami ini tidak akan membawa kerugian, malahan akan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda.


“Saya amat berharap agar perniagaan kami ini kembali maju seperti dahulu semula. Kami juga ada membekalkan kepada kantin-kantin sekolah di sekitar Sungai Petani dengan minuman berkarbonat untuk dijual kepada pelajar-pelajar sekolah dan kepada orang ramai. Kami juga ada menerima tempahan minuman untuk majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan, sukan tahunan disekolah dan sebagainya.


“Memang la masalah gula ini menjadi masalah yang paling besar dan paling penting dalam setiap perniagaan berasaskan makanan dan minuman, namun ia bukan penghalang kepada kami untuk menjadi usahawan bumiputera yang berjaya.

"Kami juga mahu menjadi seperti usahawan-usahawan yang lain. Oleh itu, saya membuka peluang ini kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga, boleh lah terus datang berjumpa dengan saya di Taman Delima.” Jelasnya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 Komen :

  1. saya bercadang utk membuat/mengeluarkan minuman sendiri.

    1.berapakah kos mesin ?
    2.berapakah kos modal yg lain ?
    3.dimanakah saya hendak mendapatkan
    mesin ?
    4.dimanakah saya perlu belajar utk
    membuatnya ?

    Sesiapa yg sudi membantu sila hubungi/email kpd saya :

    sembonia1977@yahoo.com

    BalasPadam
  2. bagaimana hendak hubungi mereka??

    BalasPadam
  3. Berminat dlm krusus pembuatan air berkarbonat emaiokan pada saya sekiranya ada krusus masa terdekat..zulfaqarwafir90@gmail.com

    BalasPadam
  4. Berminat dlm krusus pembuatan air berkarbonat emaiokan pada saya sekiranya ada krusus masa terdekat..zulfaqarwafir90@gmail.com

    BalasPadam
  5. nak jadi pengedar bpe modal 1 katon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taman Delima, Sungai Peetani. Kalau tanya orang situ semua tahu..

      Padam
    2. Tapi bukan semua boleh ke sana dengan mudah. Berharap dapat no tel pon boleh lah

      Padam
  6. @seri soffiya, jika berminat untuk menjadi pengedar air berkarbonat, sila hubungi saya @ Facebook : gulp.gulp

    BalasPadam
  7. jika saya ingin menyertai kursus pmbuatn air bikabonat sila email di jaonewater@gmail.com.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum
    1.sy ingin bertanye bagaimana rupa bentuk mesin rm 15000 itu,
    2.sy ingin bertanye bagaimana sy blh memperolehi mesin tersebut
    3.boleh email kan di masrawi3996@gamil.com

    BalasPadam
  9. 1.berapakah kos mesin ?
    2.berapakah kos modal yg lain ?
    3.dimanakah saya hendak mendapatkan
    mesin ?
    4.dimanakah saya perlu belajar utk
    membuatnya ?
    email saya : hamdanyakob74@gmail.com

    BalasPadam
  10. Saya membekal botol kaca putih dan hitam berskala sederhana dan besar pada harga berpatutan..berminat sila hubungi saya 011-39126747

    BalasPadam
  11. ahahmadshohimi@gmail.com. saya berminat

    BalasPadam
  12. Salam. Saya ingin mengikuti kursus pembuatan air berkarbonat. Sekiranya ada sesiapa yg mengetahui mohon emailkan kepada saya di amidrose@gmail.com. Terima kasih

    BalasPadam