SYM Memang Terbaik: Kastam Pulau Pinang


Gambar: Timb. Pengarah Kastam Pulau Pinang (tengah) bergambar kenangan bersama CEO SYM, Datuk Ariffudin (lima dari kiri), COO SYM, Fabian Ong (empat dari kanan) dan Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon (tiga dari kiri).


Bukit Mertajam-

Kastam Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ke kilang pemasangan motosikal SYM (Sanyang Motor) dekat Alma, Bukit Mertajam, kelmarin.

Lawatan yang mengambil masa selama dua jam itu turut melibatkan Timbalan Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Ybhg. Tuan Haji Abd Rahman Yusof dan lapan orang pegawai Kastam.

Gambar: Pegawai Kastam turut mencuba motosikal baru SYM T2 250.


Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh CEO SYM, Datuk Ariffudin mengenai sejarah penubuhan SYM di Taiwan sebelum memasuki pasaran Malaysia.

Setelah memahami penerangan tersebut, para tetamu dibawa pula ke bahagian pemasangan motosikal dan logistik untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana motosikal SYM jenis VTS200 dipasang.

Gambar: CEO SYM, Datuk Ariffudin (dua dari kanan) memberi penerangan mengenai motosikal baharu SYM kepada Timb. Pengarah Kastam Pulau Pinang (kanan).


Para tetamu juga berpeluang untuk mencuba sendiri motosikal terbaru Maxsym400 dan T2 250 yang bakal dilancarkan pada bulan mei nanti.

Sementara itu, Timb. Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Ybhg Tuan Haji Abd Rahman Yusof ketika ditemui berkata, beliau amat berpuas hati dengan teknologi SYM.

Gambar: Timb. Pengarah Kastam Pulau Pinang, Tuan Haji Abd Rahman Yusof turut mencuba motosikal Maxsym400 baharu.


“SYM menggunakan teknologi canggih dan berkualiti.

“Selain bentuk yang besar, ia juga selesa untuk pengguna bagi jarak perjalanan jauh dan dekat.

“Saya berpuas hati dengan motosikal Maxsym400 SYM kerana ia lain dari yang lain. Memang Terbaik.” Katanya.

Gambar: CEO SYM, Datuk Ariffudin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Timb Pengarah Kastam Pulau Pinang.


Majlis bertambah ceria apabila pihak SYM menyampaikan cenderahati kepada para tetamu.

Lawatan di akhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan sebelum bersurai jam 5.30 petang.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :