SK Permai Indah Lawat Kilang SYM



Bukit Mertajam - Seramai 90 pelajar Sekolah Kebangsaan Permai Indah (SKPI) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang pemasangan motosikal SYM dekat Alma, Bukit Mertajam sebentar tadi.
Lawatan yang mengambil masa hampir 3 jam itu memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat bermakna kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 untuk digunakan dalam pelajaran dan pada masa hadapan.

Program dimulakan dengan penerangan sejarah awal penubuhan syarikat SYM oleh Pengurus Bahagian Perkhidmatan, Asri Ahmad.

Perjalanan program diteruskan dengan melawat bahagian pemasangan motosikal SYM. Pelajar-pelajar dan empat guru pengiring turut berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana motosikal SYM jenis VTS200 dipasang.
 

Setelah melawat dan menimba ilmu bagaimana motosikal SYM dipasang, para tetamu turut mendapat penerangan ringkas oleh Pembantu Pengurus Bahagian Perkhidmatan, Aerdy Herman mengenai bagaimana motosikal diselenggara sekiranya terdapat kerosakan.

Prorgram bertambah ceria apabila setiap pelajar dan guru pengiring turut menerima cenderahati daripada SYM sebagai tanda ingatan dan penghargaan kerana mengadakan lawatan ke kilang tersebut.

Memandangkan waktu semakin kemuncak, pihak SYM turut menyediakan makan tengahari kepada para tetamu dengan percuma.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar-pelajar SKPI, guru pengiring, kakitangan SYM dan Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan