Malaysia Negara Pertama ASEAN Lancar T2


Gambar: Model Baharu SYM T2 250i

Georgetown-
Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Fabian Ong Ghee Seong berkata, Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN melancarkan model T2 yang direka khusus untuk pasaran Eropah.

"Selepas Malaysia, model T2 bakal dipasarkan di Singapura dan Thailand," katanya. pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kedua-dua model berkenaan di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Ghee Seong memberitahu, seperti model-model sebelumnya, beliau yakin T2 dan Maxsym juga akan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan jualan bagi T2 sebanyak 450 buah manakala Maxsym 250 buah pada tahun ini.

Beliau menambah, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 8,996 buah motosikal SYM berjaya dijual berbanding 3,915 buah dalam tempoh sama tahun lepas.

"Salah satu faktor kejayaan ini adalah model-model sebelum ini seperti Bonus110 SR, E-Bonus110, VTS200 dan EVO250i berkualiti tinggi tetapi harga jualannya masih kompetitif berbanding jenama lain," ujarnya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 Komen :

  1. Agak-agaknya berapa harga model ini?

    BalasPadam
  2. cayalah SYM.....tp sayangsaya dah sambar sym vts200 SE baru 2 bulan.....klau keluar awal sblm nie, comfirm saya sambar T2 nie....

    BalasPadam
  3. Rm17-18k gitu..

    BalasPadam
  4. bukan nak memuji. tetapi mto sym mmg tahan lasak dan berkualiti disamping harga yg berpatutan.

    BalasPadam
  5. btul ke sym yang cutting mcm kawasaki er6n ni tahan

    BalasPadam
  6. kalo nk lancar model bru tu pastikn dh ready semua. ni tidak..lancar maxsym tp blm blh jual pn lgi...

    BalasPadam
  7. saya pon baru angan nak mencuba,geram tengok..!!

    BalasPadam
  8. saya br angkat 2 minggu lepas....boleh tahan

    BalasPadam