Promosi

Promosi
Maxsym 400i & T2 250i Dilancar


Gambar: Maxsym 400i baharu (tengah) di apit T2 250i baharu (kiri dan kanan)

Georgetown-

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan motosikal keluaran terbarunya SYM T2 250i dan Maxsym 400i di Hotel Equatorial, baru-baru ini.

Motosikal yang menggunakan sistem teknologi euro itu diperkenalkan bertujuan mengukuhkan lagi industri permotoran jenama SYM di Malaysia.

Oleh itu, Malaysia Formula Bikers (MFB) melangkah setapak kehadapan dengan mengimport motosikal tersebut dari Taiwan untuk pasaran Malaysia.

Bagi motosikal model T2 250i, MFB menawarkan harga serendah RM 16,500. Ia merupakan 'Naked Sport Bike' pertama yang di lancarkan di ASEAN bagi kapasiti enjin 250cc.

Ia didatangi dengan enam pilihan warna iaitu merah, biru, hitam, kelabu, kuning dan putih.


Gambar: Pengarah Urusan SYM, Leo Tan (tengah) menerangkan mengenai kelebihan motosikal Maxsym 400i kepada Pengarah MFB, Ariffudin (kanan)

Begitu juga dengan model skuter Maxsym 400i, ia boleh didapati dengan harga RM26,000. Model skuter terbaru ini menggunakan enjin teknologi Euro 4 yang lebih menjimatkan minyak untuk jarak perjalanan jauh dan dekat.

Motosikal skuter yang boleh dikategorikan sebagai motosikal eksklusif ini didatangi dengan empat pilihan warna iaitu merah, putih, hitam dan kelabu.

Masing-masing menggunakan teknologi terkini dan mesra alam.

1 ulasan

  1. Sampai bila nak tgu Maxsym kluar?..dah 2 bulan order tak keluar2 lg...

    BalasPadam