Promosi

Promosi
Ganjaran RM10k Tangkap Pembunuh Ejen Hartanah


Kuala Lumpur-

Wang tunai RM10,000 ditawarkan kepada mana-mana individu yang boleh menyalurkan maklumat tepat hingga tertangkapnya pembunuh seorang ejen hartanah wanita, Cheng Choi Mooi.

Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, tawaran itu bagi menyatakan rasa simpati dan marah dengan kematian tragis yang menimpa wanita berusia 39 tahun itu dan berharap polis menjalankan siasatan terperinci hingga menemui pembunuh mangsa.


“Kami amat marah apa yang berlaku terhadap mangsa dan menawarkan RM10,000 kepada mana-mana individu yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pembunuh wanita itu,” katanya.

Sementara itu, Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah memberitahu setakat ini tiada sebarang perkembangan mengenai kes itu dan belum ada individu tampil menyalurkan maklumat.


Rabu lalu, seorang ejen hartanah wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar menemui pelanggan di Jinjang, di sini, ditemui mati dengan kesan jerut di leher serta kecederaan di badan dalam sebuah empangan di Hulu Yam, Gombak.


Mayat Cheng Choi Mooi, 39, ditemui orang awam jam 9 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dalam empangan terbabit

1 ulasan

  1. motor SYM T2 memg best..try g test drive di kilang..

    BalasPadam