Kereta YM Raja Ahmad Shah dicuri





KULIM, KEDAH -

Sebuah kereta jenis Honda Accord siri 2.0 milik Raja Ahmad Shah Abd. Rahman yang hilang sejak Isnin yang lalu telah berjaya ditemui setelah dikejar dari Kulim sehingga ke Tikam Batu, Kedah.


Menurut Raja Ahmad kereta beliau dipercayai hilang sejak Isnin yang lalu di Puchong, Selangor. Walau bagaimanapun kereta milik beliau itu dikenali oleh salah seorang penginap salah sebuah hotel di Kulim telah menghubungi pihak polis mengenai keraguan yang terdapat pada nombor plat dan cukai jalan yang tertera pada kenderaan tersebut.


Atas maklumat tersebut maka pihak polis bersama ahli Persatuan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat (PPKM) telah mengejar kenderaan tersebut sejauh 60kilometer.


Semasa kejar-mengejar tersebut pencuri kenderaan tersebut telah merempuh hampir sepuluh buah kenderaan lain dari Kulim ke Tikam Batu.


Namun begitu, pencuri tersebut telah berjaya meloloskan diri setelah meninggalkan kenderaan tersebut berhampiran hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya PLUS Tikam Batu.


Kenderaan yang berjaya ditemui mengalami kerosakan teruk dibahagian pemandu setelah merempuh beberapa buah kenderaan ketika cuba untuk melarikan diri.


Raja Ahmad ketika dihubungi sedang dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu bagi mendapatkan semula kenderaan milik beliau yang dilaporkan hilang baru-baru ini.


Buat masa ini, kenderaan tersebut ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim sementara menanti pihak polis melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut.


Menurut jurucakap polis, antara barangan yang dijumpai didalam kenderaan tersebut ialah rambut palsu dan sejumlah kunci yang dipercayai milik pencuri tersebut.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan