Promosi

Promosi
SYMC, 1SMBC, Media Wahana ke Cameron Highlands



JURU - Sebanyak 12 buah motosikal jenama SYM (Sanyang Motor) dari kelab SYM (SYMC) telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands bersama Media Wahana baru-baru ini.

Konvoi bermula dari perkarangan Auto-City dekat juru seawal jam 8.30 pagi dan berhenti seketika di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Perak untuk menikmati sarapan pagi.

Selain itu, konvoi ini turut mendapat penyertaan dari wakil kelab 1SYM Malaysia Club (1SMBC) yang memberi komitmen tanpa mengira bangsa atau pangkat untuk menjayakan konvoi yang telah dirancang oleh SYMC.
SYMC ada sebuah kelab yang hanya menerima ahli-ahli berbangsa Cina. 

Namun atas dasar 1Malaysia, SYMC menawarkan kepada ahli-ahli kelab dan Media Wahana untuk menyertai konvoi sambil melawat Cameron Highland.

Gambar: Peserta konvoi bergambar kenangan.
 
Pengarah Projek, Loo Chee Sin ketika ditemui berkata, tujuan utama konvoi diadakan adalah untuk bersantai bersama rakan dan keluarga setelah letih asyik bekerja.

“Objektif program ini adalah untuk merapatkan pertalian persaudaraan diantara rakan-rakan tanpa mengira bangsa, jantina dan umur.

“Hari ini, kita datang ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil untuk menziarahi dan melihat perubahan demi perubahan terhadap kehidupan mereka.

Gambar: Peserta konvoi bergambar kenangan di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.
 
“Dulu, SYMC pernah datang ke tempat ini untuk menyalurkan bantuan kepada mereka seperti pakaian, barang permainan dan sebagainya.

“Walapun kehidpuan mereka yang serba kekurangan, namun mereka juga mampu memiliki Astro di rumah masing-masing.” Katanya.

Gambar: Peserta konvoi bergambar kenangan bersama pelancong luar.
 
Konvoi turut melawat ladang Teh, ladang Strawberi, kebun sayur-sayuran, Pasar Petang dan beberapa tempat menarik.

Peserta konvoi mengambil masa 60minit untuk tiba di Petronas Simpang Pulai setelah tujuh jam melawat cameron highlands.

Tiada ulasan