SYM Perkenal ‘Joyride’ Ala-ala Skuter dan Moped


Gambar: COO SYM, Fabian Ong (atas moto) dan Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon (berdiri kanan) bergambar kenangan bersama motosikal 'Joyride'.

Bukit Mertajam-

Syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan motosikal jenama SYM (Sanyang Motor) kini memperkenalkan motosikal keluaran terbarunya yang menggabungkan ciri-ciri skuter, moped, klasik dan moden.

SYM menamakan motosikal moped keluaran keduanya dengan nama ‘Joyride’ kerana ia merupakan motosikal yang mampu dimiliki dan sesuai di tunggang oleh semua lapisan masyarakat.


Gambar: Lampu isyarat kiri dan kanan yang dinamik.

Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon ketika ditemui berkata, motosikal moped terbaru ini mempunyai kapasiti enjin 110cc dan menggunakan enjin kuasa tinggi.

“Selain bentuk yang ala-ala skuter dan moped, ia juga tidak mengeluarkan bunyi ekzos yang kuat seperti moped yang lain.

“Untuk model ini, kita mempunyai tiga pilihan warna iaitu merah, putih dan hitam.” Katanya semasa ditemui di Kilang MForce Bike Holdings Sdn Bhd dekat Alma, Bukit Mertajam.

Tambahnya lagi, orang ramai boleh mendapatkan motosikal moped ‘Joyride’ dengan harga RM3,780 (harga tidak termasuk inusran).

Gambar: Motosikal moped SYM Joyride.

“SYM turut mengutamakan beberapa ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan brek cakera ditayar hadapan dan brek drum untuk tayar belakang.

“Selain itu ia juga mempunyai ruang simpanan barang yang luas seperti skuter walaupun ia adalah model moped yang pertama di Malaysia yang menggabungkan ciri-ciri skuter dan moped.” Jelasnya.

Gambar: Ruang simpan barang seperti skuter.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SYM (COO), Fabian Ong ketika ditemui turut berkata, SYM mensasarkan untuk menjual model ‘Joyride’ ini sebanyak 28,000 unit setahun.

“Model ‘Joyride’ ini telah dilancarkan pada awal bulan Februari yang lalu di Hansa JB Hotel,Hatyai, Thailand.” Katanya.

Maklumat lanjut mengenai motosikal SYM bolehlah layari laman web sym.net.my atau hubungi 04-5541777.

Gambar: Ekzos klasik menghasilkan bunyi yang tidak kuat dan bentuk badan yang moden.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan