Melayu Pulau Pinang Tinggal Minoriti


Gambar: (dari kiri) Pengasas Utama PER3, Sabaruddin Ahmad, Pelakon, Farid Kamil, (duduk tengah) Tan Sri Omardin, dan (kanan) Raja Rock Malaysia, Awie bergambar kenangan selepas Majlis Pertauliahan PER3 Malaysia.

FAKTA: Awie, Farid Kamil Sertai PER3

Georgetown, Pulau Pinang-

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, orang Melayu di Pulau Pinang bakal terjerumus ke ambang kehancuran jika mereka masih berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri.

“Saya amat bimbang kerana ketika ini orang Melayu di Pulau Pinang sudah menjadi golongan minoriti walaupun satu ketika dahulu merupakan masyarakat terawal yang mendiami negeri ini.

“Saya terusik melihat perpecahan yang sedang melanda terhadap orang Melayu dan saya menyeru supaya ambillah iktibar terhadap apa yang telah berlaku kepada Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang gah pada zaman dahulu tetapi akhirnya terkubur.

“Oleh itu, saya berharap orang Melayu Pulau Pinang tidak lagi berpecah belah kerana ia merugikan bangsa sendiri.

“Saya berani menyebut tentang ini kerana saya mempunyai banyak pengalaman di negeri ini dan melihat sendiri perubahan-perubahan yang berlaku kepada orang Melayu.” Katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertauliahan Pertubuhan Islam Gabungan Amat (PER3) di sebuah hotel dekat Pulau Pinang baru-baru ini.

Gambar: Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Wira Ayub Haji Yaakob sempat beramah mesra bersama ahli-ahli PER3

Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Wira Ayub Haji Yaakob, Pengasas Utama PER3, Sabaruddin Ahmad, Mantan Pegawai Khas Perdana Menteri, Dato’ Nasir Safar, Raja Rock Malaysia, Awie dan pelakon, Farid Kamil.

FAKTA: Dahulu Orang Melayu Majoriti

Tambahnya lagi, sejak tahun 1972 lagi saya bertapak di Pulau Pinang dengan mengasaskan pertubuhan silat di Jalan Kastam. Ketika itu orang Melayu menjadi Majoriti di Pulau Pinang dan ramai yang menyertainya.

“Namun pada hari ini, orang Melayu telah menjadi minoriti di Pulau Pinang kerana ramai telah berhijrah ke negeri jiran seperti Kedah.

“Saya menyeru agar orang melayu di Pulau Pinang supaya kembali bersatu dengan menyertai pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mengelak perpecahan.” Katanya.

Gambar: Tan Sri Omardin Mauju (tengah) menunjukan kad insurans dan sijil keahlian PER3.

Sementara itu, Pengasas Utama PER3, Sabaruddin Ahmad berkata, walaupun baru ditubuhkan sejak 7 bulan yang lalu, PER3 telah mempunyai ahli lebih 10 ribu orang di seluruh Malaysia. Di Pulau Pinang sahaja kita mempunyai ahli lebih 5 ribu orang.

“PER3 mensasarkan untuk mendapat lebih ramai penyertaan orang-orang Melayu khususya anak-anak muda untuk menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) agar dapat menyatu padukan orang-orang Melayu.

“Sekiranya orang melayu bersatu, bangsa lain akan gerun dengan kita.” Tegasnya.

Pada majlis yang sama, PER3 turut menyampaikan kad insurans Kelompok Mesra MAA Takaful kepada lebih 10 ribu ahlinya di Malaysia.

Kad yang menjadi kepentingan dan kelebihan kepada ahli PER3 turut menawarkan perlindungan seperti bayaran jika menerima rawatan di wad , kemalangan, khairat kematian sebanyak RM 3,000 dan bayaran RM 30,000 kepada waris jika ahli meninggal dunia.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :