Teruskan gerakan reformasi di Permatang Pauh


Nurul Izzah (tengah) bergambar bersama calon BN dan Pas selepas penamaan calon, baru-baru ini.
PERMATANG PAUH – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akui berpindah ke Parlimen Permatang Pauh kerana mahu meneruskan gerakan reformasi yang diasaskan oleh ayahandanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau sudah lakukan yang terbaik di Parlimen Lembah Pantai pada sebelum ini termasuk menyumbangkan sepenuhnya elaun bulanan ahli parlimen untuk membela rakyat di sana.

Kini, beliau tampil meneruskan hasrat Anwar supaya menjadi suara dan yakinkan rakyat Permatang Pauh untuk laungan reformasi berterusan dan berjuang membanteras kemiskinan.

“Saya ke Permatang Pauh untuk teruskan gerakan reformasi kerana sejarah 20 tahun yang lalu saya bermula di sini sebagai puteri reformasi.

“Saya tawarkan diri sebagai calon, tapi yang memenangkan saya ialah rakyat yang telah memberi kepercayaan sejak 10 tahun yang lalu,” katanya.

Menurutnya, rakyat harus membantu menjadikan 9 Mei sebagai kejayaan Pakatan Harapan walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Kita mahu selamatkan negara dan pastikan kemenangan di Permatang Pauh, bukannya kerana Nurul Izzah tetapi untuk selamatkan negara.

“Pastikan setiap yang layak mengundi keluar mengundi dan jadikan 10 Mei sebagai kemenangan Pakatan Harapan untuk menjadi sebuah kerajaan di Putrajaya,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Komen :

  1. http://mediawahana.blogspot.my/2018/05/pulau-pinang-bakal-terima-ketua-menteri.html?m=0
    Kita sokong Pakatan Harapan.
    Visit us at http://westersupercars.blogspot.My
    THANKS FOR YOUR SUPPORTS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. # Visit us at http://westersupercars.blogspot.my

      Padam