Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu bukan suatu yang mustahil kerana
ia telah dibuktikan semasa pentadbiran kerajaan pakatan di Selangor dan Pulau
Pinang.
“Kami ingin
tegaskan seperti mana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, masa depan dan
juga sebarang imbuhan serta manfaat yang dinikmati penjawat awam akan
diteruskan.
“Kalau kita
lihat dari segi bonus, bonus yang dibayar oleh Selangor dan Pulau Pinang juga
jauh lebih tinggi berbanding kerajaan persekutuan.
“Di Selangor
(bonus) tiga bulan. Pulau Pinang pekerja bawahan terima bonus dua bulan, jauh
lebih tinggi daripada kerajaan persekutuan,” katanya.
Menurutnya, setiap
anggota perkhidmatan awam tidak perlu takut untuk memberi sokongan kepada
Pakatan Harapan pada PRU14.
“Kempen PRU14 hampir mencapai penghujungnya. Kita menyaksikan satu pertandingan yang amat sengit antara BN dan Pakatan Harapan.
“Isu utama
yang dihadapi rakyat adalah ekonomi. Pakatan Harapan janji untuk meringankan
beban rakyat dengan menghapuskan GST dan bayaran BR1M sebanyak RM2,000 akan
dikekalkan.
“Harga
minyak akan terus stabil kalau Pakatan Harapan menang. Tapi kalau kita tak
menang, harga minyak dijangka mungkin akan naik lebih tinggi selepas 9 Mei,”
katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan