Ketua Pemuda
Pakatan Harapan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, kejayaan besar yang diperoleh
itu merupakan kemenangan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh
rakyat Pulau Pinang yang telah bersuara melalui peti-peti undi dan mencipta
sejarah dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
“Ini adalah
bukti bahawa rakyat mendukung agenda peduli rakyat yang dilaksanakan oleh
kerajaan negeri semasa diterajui oleh Lim Guan Eng,” katanya.
Menurutnya, setinggi
penghargaan juga diucapkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang telah
dengan jayanya memimpin jentera Pakatan Harapan untuk mencatat kemenangan yang
luar biasa di Pulau Pinang.
“Tahniah
juga saya ucapkan kepada semua calon Pakatan Harapan khususnya di Pulau Pinang yang
telah berjaya memenangi kerusi Dun dan parlimen masing-masing.
“Saya doakan
agar kita semua diberikan kekuatan dan istiqamah untuk melaksanakan amanah yang
diberikan oleh rakyat,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan