Ramasamy
ketika berucap pada Ceramah Mega Pakatan Harapan, semalam.
|
BATU KAWAN –
DAP Pulau Pinang mengajak orang ramai untuk ponteng kerja sekiranya tidak dibenarkan
cuti pada hari membuang undi.
Naib
Pengerusinya, Profesor P.Ramasamy berkata, semua pihak mempunyai hak dan perlu
menunaikan kewajipan mengundi pada PRU14 ini.
“Kalau tak
dapat cuti, ponteng kerja. Kalau tak boleh ponteng kerja, ambil cuti sakit. Ada
banyak doktor yang jual (sijil cuti sakit).
“Semua orang
pandai, carilah fasal untuk tak pergi kerja. Ambil cuti, ponteng kerja dan
pergi buang undi saja,” katanya.
Timbalan
Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkata demikian di hadapan ribuan pengunjung
yang hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan di Perkampungan Juru, di sini,
semalam.
Menurutnya,
perkara itu sangat penting kerana hari membuang undi ditetapkan bukan pada hari
cuti Sabtu atau Ahad, sebaliknya pada hari Rabu.
“Ini
membuktikan BN sudah takut, dia takut kepada Pakatan Harapan. Pastikan kita
menang. kita mahu yang terbaik untuk generasi anak-anak kita,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan