Sukar Bernafas Akibat Santau- Awie


Georgetown, Pulau Pinang-

Raja Rock Malaysia yang mesra dengan panggilan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43 , baru-baru ini mengejutkan dunia hiburan dengan membuat pendedahan dia sakit teruk akibat perbuatan santau oleh pihak tertentu.

“Saya tidak berdendam, saya sedia memaafkan orang yang melakukan santau terhadap saya dan mengucapkan terima kasih banyak kepadanya.

“Ada beberapa orang yang cakap kepada saya supaya hantar semula benda itu kepada tuannya tetapai bagi saya, tidak perlulah kita berbuat seperti itu.” Demikianlah luahan penyanyi terkenal tanah air kepada wartawan selepas ditemui pada Majlis Pertauliahan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Per3) di sebuah hotel dekat Pulau Pinang baru-baru ini.

Tambahnya lagi, dia kini dalam proses rawatan kerana belum sembuh sepenuhnya.

“Sehingga kini saya masih muntah-muntah. Saya hairan kerana saya tidak nampak perkara itu tetapi ia sememangnya berlaku.

“Salah seorang pengamal berubatan Islam yang saya termui memberitahu, santau yang saya alami ini agak keras.

“Bagaimanapun, saya masih berusaha dan meminta peminat mendoakan agar kesihatan saya semakin baik.

Beliau yang mula terkenal dengan sebuah kumpulan Wings sekitar tahun 1980-an berkata, masalah yang dialaminya itu memang menyukarkan aktiviti hariannya.

“Pernafasan saya sering terganggu dan menghadapi masalah untuk menyanyi.

“Saya akan rasa sakit di dada ketika hendak bernafas dan cepat rasa penat.

“Kalau hendak menyanyi atau membuat persembahan pentas, saya kena kuatkan semangat terlebih dahulu.” Katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan