Promosi

Promosi
PLUS Sesak 23 Kilometer


Gambar: Kesesakan Lebuhraya sehingga 23kilometer dari Sungai Petani menghala ke Sungai Dua.

Sungai Petani-

Kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari susur keluar Sungai Petani Selatan menghala ke Tol Sungai Dua mula sesak sehingga 23 kilometer.

Kejadian disebabkan orang ramai mula meninggalkan kampung halaman untuk kembali ke Ibu Negara.


Gambar: Kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif untuk elak kesesakan yang membahayakan penunggang motosikal.

Terdapat juga segelintir pengguna jalan raya mengambil tindakan untuk menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif untuk mengelak kesesakan.

Perkara tersebut menyebabkan keadaan menjadi semakin sesak dan mengganggu pengguna yang lain.


Gambar: Punca kesesakan.... Kenderaan berat menggunakan lorong kanan dan kenderaan ringan memandu dilorong kecemasan.

Kesesakan dilaporkan bermula sejak dua petang tadi.

-Sumber Trafik Media Wahana



Tiada ulasan