ALOR SETAR – Pas dinasihatkan supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan dan kemenangan mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu khususnya di kawasan Pendang walaupun dikhabarkan bahawa Pendang merupakan kubu kuat Pas.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya tidak gusar dengan keyakinan Pas untuk terus kekal di Pendang, sebaliknya BN tetap akan berjuang meletakkan calon disetiap Dun dan Parlimen pada PRU13 nanti tanpa memberi kemenangan mudah kepada Pakatan Rakyat (PR).
“Sudah tentu kita akan bertanding di semua kerusi. Jangan sesekali mereka rasa selesa kononnya kawasan putih bagi mereka adalah hitam bagi BN. Kita tidak akan biarkan, kita tetap akan meletakkan calon yang sesuai untuk cuba mendapatkan sokongan dan menang di kerusi yang bertanding.
“Jangan fikir kita (BN) sudah mengaku kalah sebelum masuk gelanggang. Itu bukan sikap dan sifat BN. Kita tetap akan letak calon dikawasan yang kita rasa susah sekalipun. Calon yang kita akan letak itu pula sudah tentu calon yang mampu menang dan kita tengoklah siapa calon yang akan rakyat pilih kali ini,” katanya semasa ucapan pada program Rali Selamatkan Kedah di perkarangan pasar raya Mydin, Alor Mengkudu, di sini.
Mengulas mengenai kesahihan BN mungkin akan meletakkan calon daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dun Tokai, Mukhriz berkata, perkara tersebut masih belum dapat ditentukan lagi.
“Ia terpulang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tentukan. Tapi sudah tentu BN Kedah akan kemukakan nama-nama yang berwibawa untuk dicalonkan pada PRU13 nanti. Bukan kita nak letak orang-orang yang kita tahu atas kertas pun sudah kalah, tidak akan jadi macam itu.
“Kita tengok la nanti siapa yang kita rasa paling sesuai, kita calonkan. Saya tidak boleh nak komen lebih sebab bukan hak saya untuk buat kenyataan soal calon. Diri saya pun belum tentu lagi bertanding di kawasan mana,” katanya.
Terdahulu,sebuah akhbar melaporkan, Pas Pendang mengalu-alukan calon ‘muka baru’ BN yang ingin mencuba nasib di Dun Tokai pada PRU13.
Menurut laporan itu, Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, beliau tidak gusar dengan siapa sekalipun calon daripada BN yang akan bertanding di Tokai kerana yakin dapat mempertahankan kubu kuat Pas tersebut.
Dalam masa sama, Dun Tokai juga bakal berdepan saingan hebat menjelang PRU13 berikutan dakwaan yang mengatakan bahawa kemungkinan besar Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar yang disegani masyarakat setempat bakal bertanding di Dun tersebut mewakili BN untuk menentang calon Pas.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 Komen :
Catat Ulasan