Pengambilan Pelajar 4 Kali Setahun di KKKB


Gambar: Adun Pinang Tunggal, Roslan Saidin (dua dari Kiri) ketika merasikan Karnival KKKB

Kepala Batas-
Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB)telah menganjurkan satu karnival terbuka bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Pengarah KKKB, Nasir Abdul Ghani berkata, program bersama komuniti setempat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dan memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti untuk tempoh pembelajaran antara tiga hingga enam bulan.

“Kolej Komuniti akan membuat pengambilan pelajar sebanyak empat kali setahun berbanding pada tahun-tahun yang lalu hanya dua kali setahun.

“Program yang dilaksanakan ini juga merupakan peluang kepada komuniti setempat untuk hadir temuduga pekerjaan di syarikat swasta dan kerajaan yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti.”Katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Roslan Saidin semasa ucapan perasmian berkata, program yang diadakan di kawasan Parlimen Kepala Batas ini merupakan sesuatu yang baik untuk kebaikan rakyat.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan