E Bonus Baru Lebih Dinamik, Sporty.

Gambar: (dari kiri) Pengurus SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, CEO SYM, Datuk Ariffudin, Pengarah SYM Malaysia, Tan Lean Heah dan COO SYM, Fabian Ong ketika melancarkan model E Bonus di Hatyai baru-baru ini.

Bukit Mertajam -
Awal bulan februari yang lalu, syarikat MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan sebuah lagi motosikal moped keluaran jenama SYM (Sanyang Motor) iaitu E Bonus.

E Bonus merupakan adaptasi daripada model moped terdahulu iaitu Bonus110 yang mendapat sambutan ramai di seluruh negeri.
Gambar: COO SYM, Fabian Ong bergambar diatas motosikal E Bonus bersama Pengurus SYM, Pallmon neoh kok Boon (kanan).

Sementara itu, Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon ketika ditemui di kilang pemasangan motosikal SYM dekat Alma, Bukit Mertajam berkata, motosikal E Bonus merupakan moped yang paling canggih dengan harga yang paling murah.

“Kapasiti enjin sebenar motosikal E Bonus adalah 110cc dan merupakan moped pertama yang menggunakan enjin berkuasa tinggi.

“Selain penambahbaikkan di bentuk depan yang nampak lebih dinamik dan sporty, E Bonus turut menampilkan kepak sisi yang lebih besar dan cantik untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

“Objektif sampingan kepak sisi dibesarkan adalah untuk mengelak kasut pengguna daripada basah ketika hujan renyai-renyai. 

Selain tu, ia turut menambahkan ciri-ciri keselamatan terhadap kaki pengguna sekiranya terlibat dalam kemalangan kecil.

“Model E Bonus ini juga amat menjimatkan minyak dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat kerana harganya hanyalah RM2,888 (tidak termasuk insurans dan atas jalan).

“SYM mensasarkan untuk menjual model terbaru ini sebanyak 28,000 unit setahun.” Katanya.

Bukti kepuasan penggunaan motosikal E Bonus turut diakui terbaik oleh Duta SYM Malaysia, merangkap Penyerang Skuad Kebangsaan Harimau Malaysia, Safee Sali.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

34 Komen :

  1. Saya baru beli e-bonus 110 july 2012.
    1. Pada mulanya, tak yakin sangat dengan brand SYM. Alhamdulillah setelah pakai hampir 2 bulan, clock is showing about 1200 km.
    2. Dari segi minyak, memang jimat. 160km untuk RM5. So, 32km = RM 1. Ayah saya pakai honda ex5, dpt RM20km = RM 1.
    3. Overall. recommended to everyone.
    4. Dan saya bukan promoter.. hehe.
    Fikri Tamrin

    BalasPadam
  2. Saya menggunakan SYM Bonus 110 (model Disc Brek), milage telah mencecah 2000 kilometer. secara keseluruhannya berpuashati dengan produk ini, cuma paparan kelajuan pada panel meter terlalu laju berbanding kelajuan sebenar dengan anggaran 30km/j ralat.

    BalasPadam
  3. Moto Bonus ni bagus. Tapi meter kelajuan dia ringan. Senang je nak outmeter. Lg satu tank minyak ada palang. Bila isi mnyak besepah sbb x dpt msuk dlm2 muncung mnyak tu dlm tank. Clutch plate/gearbox tidak sehebat Honda.

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan konfius.com, e bonus sangat menjimatkan dari segi penggunaan minyak.. Saya sangat berpuas hati dengan prestasi motosikal ini..

    BalasPadam
  5. http://roslisulaiman722.blogspot.com/search/label/laos

    BalasPadam
  6. Sy sudah menggunakan e-bonus selama 3 bulan, bermula dari bulan Mac hingga Jun ini. Pandangan saya mengenai motorsikal ini ialah:
    1) Sangat menjimatkan minyak berbanding motorsikal lain kerana saiz karburator yang agak kecil berbanding motor lain
    2) Paras motor yang agak tinggi dan kekadang menyusahkan apabila berhenti.
    3) Reka bentuk yg menarik dan sporty, sesuai utk anak muda yg inginkan pandangan drpd mata anak gadis.
    4) Bunyi enjin yg agak kuat apabila mencapai kelajuan tinggi (80 km+)
    5) Meter kelajuan yg ringan dan senang utk outmeter.

    Nasihat saya, patuhi peraturan penjagaan yg tlh ditetapkan di dlm manual yg disertakan. Servis setiap 1000km, cuci pembersih udara (air filter), periksa rantai selalu, dan pandulah dgn berhemah dan cermat. Jagalah motorsikal anda,dan utamakan ketersampaian dan tujuan utama motor sbg pengangkutan, kerana harus saya akui motor ini senang untuk dipotong oleh motor jenama terkemuka (yamaha,honda) yg lain. Yg penting, duit kocek anda sentiasa tebal dan berisi tanpa dibebankan oleh keperluan utk membeli bahan api. Peace! ;-)

    BalasPadam
  7. Saya pengguna SYM Bonus yang selama 3 minggu, milleaga saya skarang 3000km. Setakat ini, semua ok, cuma bunyi engine kuat sikit bila laju pada 90kph. Tak pasti bila engine dah smooth nanti bunyi kureng tak. Dari segi minyak, breaking, semua cun.

    BalasPadam
  8. Dah tayar original terlalu kecil, tayar lebar sikit sepatut dibagikan.

    BalasPadam
  9. Ingt nk bli sebijik, dh servis merata tmpt dr pengguna sym sampai ke intnt, suma ckp moto ni baguih..cuma satu dua sj mslh, tu pun mslh kecik habuk ja, biasalah x semua produk prefect even yg branded cm yamaha, honda pun ada problem gak. Confirm hujung bulan ni pi booking satu.

    BalasPadam
  10. saya pengguna sym bonus 110 semasa nak beli penjual kata semuanya baik bak kata lembut gigi dari lidah... setelah membeli beberapa bulan baru tahu masalahnya.. motor ni memang murah tapi sebenarnya ianya un tuk orang kaya-kaya yang banyak duit.. pihak pengeluar tidak pernah memberi jaminan bahawa alat ganti motor sym ini boleh didapati dengan mudahnya dan dengan harga yang rendah seperti harga motor.. penjual alat ganti dan mekinik motosikal yang berpengalaman dan jujur akan memberitahu kebaikan dan keburukan motosikal ini.. para penguna yang bercadang nak membeli sym bonos kerana tertarik dengan harga dan rupanya yang cantik.. fikirlah banyak kali.. sayangi duit anda. kalah membeli tapi menang memakai..

    BalasPadam
  11. Saya akan beli satu Motorsikal yang baru dalam masa satu dua minggu ini (tenggah cari sama ada Kirss MR1 atau SYM E Bonus 110). Ada orang kata spare part Kriss mahal and juga ada orang kata spare part SYM E bonus banyak tiada. Ini saya pun tidak tahu mana yang benar. Saya lebih suka bentok dan lampu depan Ebonus mentol H4 12V 35w/35w. Tetapi say tidak tahu sama ada ia DC atau DC. Boleh saya tukar mantol H4 12V 55W/60W atau H4 punya HID? Ada mana boleh saya dapat data nya?

    BalasPadam
  12. saya ndk beli ebonus atau rrbonus.. tapi dah dgr macam-macam hal... so saya rasa banyak masalah pula. jadi terpaksa naik honda c70 yg dah reput lah...x der masalah.

    BalasPadam
  13. sabtu ni baru nak dgar ceramah utk ambil lesen p...cdg nak beli satu... lepas solat jumaatada pi tengok sym sport bonus hargaRM3800.

    BalasPadam
  14. sapa dah pakai sport bonus sr? tlg komen sikit. tq

    BalasPadam
  15. saya baru membeli SYM 110 pada hari ini,dan saya dapati sym mmg baik dan menjimatkan bahan api,slamber je nak tungang tapi agak tinggi sedikit :D

    BalasPadam
  16. kat kuching srwk kat mne nak dptkan part sym sport bonus sr...komen

    BalasPadam
  17. no komen... sebb im SYM sport bonus 110 sr user... so far so good... sa sdh guna selama 2 bulan... n tentang part pula... bleh try part honda.... sbb sa sdh try masuk part honda... memang cun... sekarang pun sa guna exzos apido racing for ex5... cun masuk.. x perlu modified... cuma meter memang agak ringan...

    BalasPadam
  18. Nak bgi lju bonus BT cmne ehh?

    BalasPadam
  19. minta komen SYM sport bonus 110 sr, engin bising lagi tak bila cecah 80Km banding dengan model lama, komen sikit ?????

    BalasPadam
  20. sym bonus 110 ni mmg bgus alat ganti nya brang ex5 mna ada susah cri smua kdai ada tnya ja nk brang apa untuk bonus tpi dia akan bgi brang ex5

    BalasPadam
  21. prcaya lah ia mmg bgus sbb motor sym bonus 110 sya tkdk masalah pun siap modified lgi

    BalasPadam
  22. Gua baru tangkap satu S-Bonus Sym sr, baru sebulan ada kebaikan dan keburukan juga...
    mai kongi sikit
    Kebaikannya
    1. tinggi gua suka 2. minyak ok lah boleh penuh dekat 7.00 penuh gua redah rawang-hartamas pegi balik - ada kurang setengah tangki lagi tinggal.boleh one way lah 3.simpan barang senang gua tambah givi box 4.lampu depan mng kelas

    Keburukan
    1. bunyi bila cecah 100 atas bising juga 2.meter masih ringan 3.mng motor ni bukan untuk laju-laju

    BalasPadam
  23. so..kompom la eh yg motor ni sparepartnya senang citer apa2 hal boleh masuk barang ex5?
    Bukan apa, takut jugak nak pakai motor yg regenya nampak murah dan menarik ni..ngat nak angkat sebijik guna2 utk antar anak sekolah, pegi masjid atau pegi kedai runcit je.
    Kelajuan tak berapa penting buat saya..yg penting xde masalah yg besar2..tu aje.

    BalasPadam
  24. Minyak memang superb tp laju je problem... sport bonus sr dari bangi ke damansara minyak xabis baru 3/4 one way.. pergi balek baru 1/2.. ni survey saya 2 minggu lepas... isi full rm5 untuk. Ron95... pergi balek baru spend rm2.50... laju pun agak2 dalam 100kmj tp engin xde gegar... cuma a bit ringan sebab angin...

    BalasPadam
  25. sya beli sym ebonus 110 klau minyak dia ekonomi lha tpi.sya punya meter minyak tu cepat trun dha..last2 sya chek punya tangki minyak g full..knapa ehhh...

    BalasPadam
  26. smua mtor ada kkurangan n klbhan dia,stiap brand pun ada yg suka n xska.tepuk dada tnya slera.

    BalasPadam
  27. hr ni br beli e bonus lidi ....ermmm x tau ler....nak paka hntr ank sekolah jer ....bonceng bini rasa x berani tgk tyr halus

    BalasPadam
  28. Baru je beli e-bonus... motor bukan bertujuan nk laju2 bagai,nak pergi kerja balik kerja, pusing2 jln dekat je.... tpi in syaa allah kalau jaga dengan baik boleh bertahan motor dengan lama.... biasa klo probem minor2 biasalah setiap moto pon ada, mcm lagenda 115Z saya pon ada ragamnya... yang penting beli motor jaga minyak engin,filter,rantai dah cukup, cuma klo nak lbih baik gantilah spoket... kalau tayar 2 leh je ganti cikit2...

    BalasPadam
  29. nampaknya aku orang terakhir komen ni..pick up enjin slow,x sesuai nak rempit bagi mereka yg sukakan kelajuan.Setakat ni aq dah pakai motor sym ebonus dkt 5 tahun.mula aku fikir nak beli Y15 tapi sebab banyak kecurian moto moto hot ni aku pilih sym e bonus 110, tu je kelebihan selain jimat minyak.paling penting pencuri x minat sangat moto ni.selamat parking kat mana mana.compare ex5 or y15 terutama area pantai timur .Ada gak niat nk upgrade motor ni.Sparepart boleh kacuk dgn ex5 je.insha allah

    BalasPadam
  30. Sy jga pengguna sym 2012 hingga sekarang, masalah skrng moto cpt mati, masa tenga jalan klo kita tekan clutch trus dy mati, bila lepas clutch hidup balik, pick up x kuat,x laju, moto kuat minyak 85km full tank habis,,,x tau apa masalah

    BalasPadam
  31. Saya dah 2tahun guna motor sport bonus, macam2 problem yg datang, ada sahaja part yg rosak, moto macam celaka, menyesal aku beli, ini lah jenama yg paling teruk dlm dunia.

    BalasPadam
  32. Saya sudah 8 tahun menggunakan sym ebonus dah barang moto ini tidak susah sebenarnya cari ...dan barang moto ini juga sama barang moto EX5 dream sbb saya punya moto sekarang sudah kalau nak dikatakan saya sudah up spec tapi satu sahaja kelebih moto ini kalau jalan long jalan kalau moto sudah up spec y pun boleh potong jln panjang👍sekarang ini pun sym ada keluaran baru sym 180cc harap ii lepas ni sym ada keluaran baru seperti Yamaha R15 merupakan motobike 4 silinder sebelum tu mintak moto ini kalau standart tidak kuat makan tapi lama kelamaan akan kuat makan juak terutama jalan berbukit sangat lah kuat makan minyak saya respect dngn brand sym sekarang ni saya sudah dapat sym dari fist keluaran sampai yang baru ni just tunggu produk baru lagi dari sym👍

    BalasPadam
  33. Wa tiada mau cakap manyak a pasal ini moto, yang peltama a, ni moto kalu lu mau bawa itu rempit a, ni moto tada masalah mnya, tapi a, kalu lu mau potong itu y15 atau y16 a, memang susah lo, pasal a ini moto kalu lu Modi paling 140 - 160 saja o, itupun kalau lu hoki a, lu dapat itu 170kmh ma, ini moto sebenarnya untuk lu hantar lu punya anak pelgi sekolah, pelgi kirija, pelgi masjid saja o, ni moto untuk bawa santau ii saja, kalu lu mau rempit ini moto a, tada masalah, tapi lu jangan harap mau dapat top speed yang gila gila a! Ok tu saja a, ini berdasarkan Wa mnya pengalaman o, Wa tiada buat cerita pala buto sini a, ok a, Wa cau dulu. Lancau Lee chaunima Lee PHEI !

    BalasPadam