Tindakan Muhyiddin cabar keabsahan Anwar sebagai PM dipersoal


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Beiau berkata, sikap Muhyiddin itu dilihat seolah-olah mencabar titah Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenan bagi melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Tetapi PM (Perdana Menteri) akan bawa usul kerajaan di sidang Parlimen 19 Disember akan datang. Ia akan tentukan keabsahan “simple majority” Anwar sebagai PM.
“Apa yang mengejut
kan, Muhyiddin dedah ada 10 MP (Ahli Parlimen) Barisan Nasional (BN) buat SD (akuan bersumpah) sokong dia jadi PM ke 10. Viral nama 10 MP BN termasuk (Datuk Seri) Hishammuddin.
“Tetapi 10 MP BN (6 MP UMNO) itu sudah tarik diri daripada sokong Muhyiddin melalui SD baru. Kalau tolak 10, maka 115 orang yang sokong Muhyiddin kini tinggal 105 MP sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. - malaysiagazette

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan