GRS, GPS sah sertai Kerajaan Perpaduan - Anwar

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.
Katanya, perkara itu dimaklumkan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Dengan perkembangan terbaru itu, kerajaan secara jelas mencapai sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen, termasuk penglibatan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Hajiji memaklumkan bahawa GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan.
"Ini bermakna kekuatan induk kita, termasuk GPS, kini sudah cecah dua pertiga sokongan Ahli Parlimen, yang akan perkukuh kestabilan politik negara," jelasnya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, di sini. - Astro Awani
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan