SMKCAS Johan Choral Speaking Kebangsaan


ALOR SETAR – Pertandingan choral speaking peringkat kebangsaan yang telah di adakan di sebuah hotel di Sepang baru-baru ini, membawa tuah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar (SMKCAS) setelah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut buat pertama kali.

Jurulatih pasukan choral speaking SMKCAS, Chua Wee Lee, 56, berkata, ini merupakan sejarah pertama buat sekolah dan pelajar setelah tujuh kali melibatkan diri dalam pertandingan, ini merupakan kali pertama mereka menyandang tempat pertama di peringkat kebangsaan.

Katanya, lebih membanggakan lagi setelah dapat mengharumkan nama sekolah dan negeri Kedah di peringkat kebangsaan.

Wee Lee berkata, rahsia kejayaan mereka adalah mengadakan latihan setiap hari dan mengorbankan waktu cuti hanya untuk latihan choral speaking.

“Bukan mudah untuk menyertai pertandingn ini. Peserta mesti hafal skrip dengan lancar dan memilih tajuk yang sesuai untuk dipersembahkan. Contohnya menceritakan isu-isu semasa seperti 1Malaysia dan sebagainya.

“Apa yang penting dalam choral speaking adalah satu suara, satu nada dan sekata. Dalam perkara ini, konduktor memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal suara 34 peserta supaya becakap dan berhenti serentak,” katanya kepada Media Wahana.

'Pelajar sangat komited'

Sementara itu, Pengetua SMKCAS, Zaini Kamaruddin,50, berkata, pelajar SMKCAS sangat komited untuk menyertai pertandingan ini walaupun ada yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, pelajar-pelajar ini pandai membahagikan masa untuk belajar, ulangkaji pelajaran dan berlatih choral speaking meskipun terpaksa mengorbankan waktu rehat dan pembelajaran di dalam kelas.

Konduktor pasukan, Senthuria Sundrapandi, 14, berkata, ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna baginya setelah menyertai pasukan ini sejak tiga tahun lalu.

Katanya, dia mengambil masa lebih seminggu untuk menghafal skrip dengan lancar dan berlatih untuk mengawal nada suara seramai 34 orang peserta secara serentak.

“Selain menghafal, cikgu Wee Lee akan mengajar saya gerak geri bahasa badan untuk memberi arahan kepada 34 peserta tanpa mengeluarkan suara.

“Ia mengambil masa yang agak lama juga untuk mahir dalam setiap pergerakan dan arahan berlandaskan ayat-ayat yang telah dihafal selain gimik muka yang membawa 1001 makna,” katanya.

'Perlu kerjasama yang erat dan bersatu'

Dalam pada itu, Ong Pah Yeong, 17, berkata, dia mula menyertai pertandingan ini sejak dua tahun lalu. Itupun setelah dipujuk guru dan rakan-rakan beberapa kali untuk menyertainya.

Pah Yong berkata, dia bersetuju menyertainya kerana choral speaking berbeza dengan pertandingan lain sebab ia memerlukan kerjasama yang erat dan bersatu dalam setiap pergerakan dan intonasi suara.

“Perbezaan yang paling ketara ialah ekpresi muka, bahasa badan dan sebagainya adalah lebih berbeza dengan debat, pidato dan syarahan,” katanya.

Dia yang juga ketua pelajar di SMKCAS berkata, sebagai seorang pelajar kita harus pandai membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti luar.

“Selalunya, kalau tidak masuk kelas, saya akan bertanyakan kembali kepada kawan-kawan apa yang telah dipelajari di dalam kelas sebelum ini. Kalau tidak faham, saya akan bertanyakan kepada guru yang mengajar pula.

“Walaupun begitu, guru lah yang paling banyak mengajar saya untuk membahagikan masa belajar, ulangkaji dan menyertai akitivti luar,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan