Elaun ahli majlis MBPP, MPSP kekal

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang bersetuju untuk mengekalkan elaun ahli-ahli majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Tempatan, Jagdeep Singh Deo semasa majlis pengumuman pelantikan 24 ahli majlis MBPP dan 24 ahli majlis MPSP, di Komtar, hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai hasil persetujuan bersama dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.


“Walaupun kerajaan pusat mengambil keputusan untuk potong 10 peratus gaji menteri dan jumlah yang sama turut dikenakan terhadap exco kerajaan negeri, tetapi bagi elaun ahli majlis kita kekal.

“Kita dah bincang dan putuskan tak ada potongan 10 peratus untuk elaun ahli majlis MBPP dan MPSP,” katanya.

Menurutnya, elaun tetap ahli majlis dikekalkan sebanyak RM2,500, elaun kehadiran sehingga 12 kali mesyuarat dan elaun telefon yang membawa jumlah besar RM4,000.

“Persetujuan untuk melantik semua ahli majlis ini adalah untuk satu tempoh selama 18 bulan, iaitu bermula 1 Julai 2018 sehingga 31 Disember 2019.

“Kalau kita lihat pada pelantikan ahli-ahli majlis ini, MBPP hanya ada 9 calon lama dan 15 calon muka baru.

“Keadaan yang hampir sama juga berlaku di MPSP apabila terdapat 13 calon lama dan 11 calon muka baru,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan