Kalimah Allah Pada Kelapa Berwajah Monyet


Gambar: Kalimah Allah yang tertera pada buah kelapa.

Teluk Air Tawar-

Seorang peniaga roti canai, Mokti Said terkejut setelah menemui keunikan dan keganjilan yang terdapat pada buah kelapa yang telah dikupasnya di kampung Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Beliau yang sering mengupas kulit buah kelapa berkata, buah tersebut juga menunjukan wajah yang menyerupai seekor monyet atau kera.

“Air kelapa yang ada di dalamnya juga akan kering pada keesokan harinya walaupun masih belum dipecahkan atau dibelah.

“Malah turut ditemui tulisan seperti kalimah Allah pada permukaan buah kelapa tersebut.” Katanya semasa ditemui di rumahnya.

Gambar: Mokti Said menunjukan buah kelapa yang misteri dan ganjil yang dimilikinya.

Tambahnya lagi, ia membeli buah kelapa tersebut dari seorang pembekal untuk dibuat santan bagi perniagaan makanannya. Namun begitu, ia tidak menyangka akan menemui keganjilan tersebut sehinggalah berhasrat untuk tidak menggunakan buah tersebut.

Semasa wartawan ingin merakam gambar tersebut, hanya tiga kali sahaja a boleh dirakam. Manakala pada kali keempat dan berikutnya ia tidak boleh dirakam kerana secara automatik imej tersebut hilang dan tidak terdapat pada kamera yang digunakan.

Menurut Mokti, ia berkemungkinan mempunyai keganjilan dan misteri pada buah kelapa tersebut jika dibezakan semasa ia mula dibeli dan ketika dalam simpanannya.

“Pada hari pertama saya menyimpannya, air kelapa tersebut masih lagi ada dan berat buahnya. Namun pada keesokan harinya saya mendapati tiada lagi air dalam buah tersebut dan ia menjadi semakin ringan.


Gambar: Buah kelapa yang menyerupai wajah seekor monyet.

“Manakala wajahnya pula menjadi semakin hari semakin menyerupai wajah seekor monyet atau kera.

“Walaubagaimanapun, saya berhasrat untuk tidak menjualnya sekiranya ada permintaan dari mana-mana pihak walaupun menawarkan ganjaran yang besar.

“Ia juga berkemungkinan besar terdapat kelebihan pada buah kelapa yang jarang sekali ditemui itu.” Jelasnya.

Ujarnya lagi, ini adalah bukti kebesaran Allah dalam mereka cipta dan membentuk apa saja makhluk dalam dunia ini yang dikehendaki Nya.



Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan