KSK Lawat Kilang SYM


Gambar: Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon (tengah) menyampaikan cenderahati kepada wakil Kelab SYM Kedah, Abdul Hadi Hashim.


Gambar: Deretan motosikal ahli Kelab SYM Kedah (KSK) di perkarangan kilang MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Bukit Mertajam-

Sebanyak 20 buah motosikal skuter SYM (Sanyang Motor) dari Kelab SYM Kedah (KSK) telah mengadakan lawatan ke kilang pembuatan motosikal tersebut di Alma, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Gambar: Ahli Kelab SYM Kedah (KSK) mendengar penerangan ringkas daripada wakil SYM.

Konvoi yang bermula dari Alor Setar, Kedah telah disambut meriah oleh kakitangan syarikat SYM di perkarangan kilang MForce Bike Holdings Sdn Bhd.


Gambar: Ahli Kelab SYM Kedah bergambar kenangan bersama kakitangan SYM.

Turut sama memberi sambutan kepada KSK adalah Pengurus Besar SYM, Pallmon Neoh Kok Boon, Pembantu Peribadi Pengurus Besar SYM, Ang Tien Khoon, Pengurus Bahagian Perkhidmatan, Asri Ahmad, dan Pembantu Pengurus Bahagian Perkhidmatan, Aerdy Herman.


Gambar: Suasana ceria ahli Kelab SYM Kedah (KSK) sebelum bersurai.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :

  1. Terima kasih di atas layanan dari pihak Kilang SYM..
    Abdul Hadi S/Usaha KSK

    BalasPadam