RM18,000 Tunggakan Pegawai Masjid Tidak Bertugas

RM18000 TUNGGAKAN?

KEPALA BATAS, 14 Jan-

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) terpaksa menanggung tunggakan pembayaran yang telah dibuat kepada sebahagian besar dari pegawai masjid yang tidak bertugas pada tahun 2010 lalu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Masjid Jaipp, Ayub Yaakob semasa menyampaikan taklimat beliau dalam majlis penyampaian tauliah kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Pulau Pinang di sini semalam.

Katanya lagi, tunggakan yang terpaksa ditanggung oleh pihak jabatan adalah kerana terdapatnya pegawai-pegawai masjid yang terdiri dari imam dan bilal yang tidak bertugas tetapi telah dikreditkan imbuhan ke dalam akaun bank mereka.

"Masalah ini timbul kerana tiadanya kerjasama dari pihak waris dan jawatankuasa kariah masjid untuk memaklumkan kepada pihak jabatan mengenai mana-mana pegawai yang telah meninggal dunia, uzur atau pun telah meletakkan jawatan.

"Apabila perkara ini tidak menjadi satu perkara yang sensitif, akhirnya kerugian dialami apabila jumlah yang telah dikeluarkan sebanyak RM18 ribu itu tidak dikembalikan kepada pihak jabatan," ujarnya lagi.

Walau bagaimana pun katanya, usaha sedang diambil bagi mengatasi masalah tersebut supaya tiada kerugian yang dialami oleh pihak jabatan dan kerajaan negeri.

Manakala bagi bilal dan siak pula, tindakan sedang dilakukan bagi menambah jumlah imbuhan yang diterima.

Buat masa ini bilal di Pulau Pinang hanya menerima imbuhan sebanyak RM180 sebulan sementara itu siak pula menerima imbuhan hanya sebanyak RM200 sebulan.

harakahdaily-

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan