Promosi

Promosi
Perlumbaan Regatta Antarabangsa Diteruskan

LANGKAWI, 18 Jan-

Perlumbaan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) tetap akan dikekalkan sebagai daya saing untuk menarik lebih banyak lagi pelancong ke Langkawi khususnya dan negeri Kedah amnya.

Menurut Pengerusi Pelancongan Negeri, S Manikumar, kejohanan yang telah diadakan pada 11 hingga 15 Januari itu memberi impak besar kepada sektor pelancongan bagi menarik lebih ramai kemasukan pelancong tempatan dan luar negara ke Langkawi.

"Kebanyakan dari pelancong luar yang hadir menjadikan hotel bertaraf lima bintang sebagai lokasi kediaman mereka. Secara tidak langsung ianya merupakan pelaburan terpenting dalam industri pelancongan yang ada.

"Pertambahan penyertaan peserta juga membuktikan RLIR berjaya menambat hati peserta dan pelancong untuk terus menjadikan Langkawi sebagai salah satu destinasi menarik yang mampu memberi pulangan yang besar kepada industri pelancongan yang diwujudkan di sini, " ujarnya ketika turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah Kelab Perahu Layar Diraja Kuah, di sini, kelmarin.

RLIR yang diadakan pada 11 Januari yang lalu telah berjaya menarik seramai 47 bot pelayaran dengan penyertaan seramai 300 pelayar termasuk dari negara Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, Jerman, Taiwan dan Malaysia.

Adalah difahamkan kemudahan yang sedia ada seperti persekitaran yang baik, kemudahan sukan marin dan terjaminnya keselamatan para peserta menjadi faktor kepada sambutan yang menggalakkan diterima pada tahun ini.

harakahdaily-

Tiada ulasan