Misteri Gua Pantai Merdeka



Kuala Muda – Pantai Merdeka merupakan sebuah pantai percutian yang paling menarik di daerah Kuala Muda yang terletak di tanah besar Negeri Kedah. 

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang, Perlis, dan Perak.

Sejarah asalnya, Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah pada zaman dahulu. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling.

Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran Pantai Merdeka yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi pada zaman silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan.

Sehubungan itu, satu aktiviti yang melibatkan persatuan dan kadet sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Muda telah diadakan di Pantai Merdeka baru-baru ini. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya pelajar-pelajar didedahkan dengan 3000 jenis ikatan oleh pegawai Bomba, menyusun kepingan papan bergambar menggunakan kaki dan sebagainya.

Aktiviti mereka diteruskan dengan latihan kawat kaki dan seterusnya melawat gua dan kubu sejarah di persisiran Pantai Merdeka. Keseronokkan memasuki gua dan melawat kubu tinggalan sejarah dapat dilihat dari wajah mereka sendiri.

Mereka diberi pendedahan bahawa ini adalah gua yang sebenar dan tiada apa-apa perubahan yang dilakukan sejak zaman dahulu. Hal ini kerana, batu-batu asli didalam gua ini amat sejuk apabila dipegang. Walaupun keadaan yang gelap gelita didalam gua ini, pelajar-pelajar sekolah rendah yang berumur antara 7 hingga 12 tahun tidak meninggalkan peluang untuk mencari pengalaman memasuki gua dan ingin mengetahui lebih mendalam apa yang terdapat didalam gua ini.
 
Semasa tinjauan wartawan Media Wahana (MW) memasuki gua bersama mereka, wartawan MW mendapati pintu gua diconteng dengan pelbagai tulisan kesat dan lukisan yang menyakitkan mata yang melihat. Hal ini memberi imej yang tidak baik kepada pelawat-pelawat dari luar dan dalam negeri semasa melawat dikawasan Pantai Merdeka ini.

Pelajar-pelajar sekolah meneruskan perjalanan memasuki gua mengikut giliran. Mereka hanya dibenarkan memasuki gua sepuluh orang satu kumpulan. 

Semasa memasuki gua, ada pelajar yang tidak mengikut arahan yang diberikan kerana menegur sesuatu yang di luar jangkaan. Semasa berada didalam gua, pelajar tersebut berkata, “mana kelawar? Tak nampak pun.”

Selepas kata-kata itu, wartawan MW mendapati semua pelajar yang memasuki gua tersebut diam seketika dan menyebabkan gua menjadi sunyi. Kemudian, kedengaran pula bunyi kelawar yang agak bising.
Walaubagaimanapun, tiada kelibat kelawar yang keluar melalui gua mahupun berterbangan didalam gua tersebut. Hal ini, menyebabkan mereka terkejut dan tercari-cari dimana kelawar itu berada.

Disebabkan keadaan menjadi terlalu ganjil, petugas didalam gua terpaksa mengarah mereka semua keluar meninggalkan gua tersebut dengan kadar segera. Wartawan MW sempat merakam beberapa gambar semasa mereka berada di dalam gua tersebut.

Setelah dirakam beberapa keping gambar, wartawan MW terlihat satu objek bulat yang ganjil muncul secara tiba-tiba di dalam gambar yang dirakam. Objek itu didapati makhluk halus atau penunggu gua yang menyerupai sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Walaubagaimanapun, wartawan MW mendiamkan diri dan meneruskan aktiviti merakam beberapa gambar di dalam gua tersebut. Keadaan menjadi suram dan kelihatan muncul objek yang sama didalam gambar yang dirakam oleh wartawan MW.

Setelah wartawan MW keluar dari gua tersebut bersama pelajar-pelajar sekolah, hujan turun dengan tiba-tiba dan menyebabkan aktiviti memasuki gua dan melawat kubu sejarah di hentikan. 

Hal ini dapat kita buktikan bahawa tuhan (ALLAH) telah melindungi mereka semua dari sebarang kemalangan dan keadaan yang tidak diingini.

Setelah meneliti gambar tersebut, didapati objek ganjil itu sebenarnya telah mengikut salah seorang pelajar yang berada di dalam gua tersebut. Walaupun begitu, tiada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku. 
 
Mempercayai perkara-perkara ghaib adalah wajib, namun mempercayai sesuatu selain dari tuhan (ALLAH) adalah berdosa hukumya bagi seseorang yang beragama islam.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Komen :

  1. itu bukan makhluk halus... itu adala orbs (bebola cahaya) ..

    merujuk kepada sejenis artifak bulat ataupun bujur, yang muncul secara tidak sengaja dalam fotograf. Kadang-kala artifak ini meninggalkan jejaknya, justeru menunjukkan sejenis pergerakan.

    Istilah teknikal dalam fotografi untuk merujuk kepada bebola cahaya ini, ialah backscatter (secara literal: tabur belakang), orb backscatter ataupun near-camera reflection (secara literal: pantulan berdekatan kamera).

    BalasPadam