Nyawa Pelajar Terancam







Kota Kuala Muda, Kedah-

Hakisan tanah yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang tidak diketahui namanya telah menyebabkan berlakunya hakisan tanah di kawasan Kota Kuala Muda. Amat membimbangkan keadaan bahawa ianya melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ketika wartawan media terkini membuat pemerhatian dikawasan tersebut, didapati kerja-kerja pengambilan tanah diatas bukit telah dihentikan buat sementara waktu kerana pekerja-pekerja syarikat terbabit sedang bercuti.


Semasa pemerhatian, turut ditemui sebuah kenderaan jentolak yang digunakan untuk menghakis tanah ditinggalkan berhampiran di sebuah restoran. Hal ini membuktikan bahawa memang benar syarikat yang tidak berwajib ini menjalankan kegiatan menghakis tanah dikawasan tersebut. Masalah ini telah membuatkan semua penduduk di kawasan Kota Kuala Muda ini berasa tidak berpuas hati.


Sehubungan itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaizan berkata, “Kegiatan menghakis bukit ini sudah lama mereka jalankan sejak 3 atau 4 bulan yang lalu. Berhubung dengan masalah ini, lori-lori besar yang memasuki kawasan kampung ini dipandu dengan laju tanpa had. selepas itu, mereka tidak menyediakan lori kecil untuk pancut air dijalan supaya dapat membersihkan jalan yang dikotori dengan habuk dan debu.”


Hujah beliau lagi, “ Ini menjadi masalah yang besar kepada kami (semua penduduk) kerana ia turut menjejaskan kedai makanan disebabkan oleh debu-debu yang berterbangan disekeliling. Kami juga tidak boleh menyidai baju diluar rumah kerana ianya menjejaskan pakaian tersebut sehingga melekat habuk-habuk kemerahan. Masalah yang paling besar sekali ialah apabila turunnya hujan, tanah-tanah merah diatas bukit akan mengalir masuk kedalam rumah kami. Kesannya, kami terpaksa membersihkan rumah masing-masing.”


Beliau turut memberitahu, kegiatan menghakis tanah ini selalunya dijalankan seawal jam 8 pagi dan berhenti seketika untuk memberi laluan kepada budak-budak untuk dari balik dari sekolah pada jam 1 petang. Walaupun semua penduduk disini telah bersepakat untuk memberi teguran atas masalah yang dihadapi kepada pemilik syarikat terbabit, namun tiada sebarang perubahan yang dilakukan. Penduduk disini terpaksa meneruskan perjalanan kehidupan mereka seperti biasa walaupun terpaksa mengharugi pelbagai rintangan dan halangan.


Seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kecil, Kota Kuala Muda, Mohd. Zaidi, ketika ditemui berkata, “ walaupun baru dua bulan saya bertugas sebagai pengawal keselamatan disini, saya berasa keselamatan kanak-kanak dan pelajar-pelajar sekolah berada dalam keadaan yang amat bahaya. Lori-lori besar yang lalu dikawasan ini dipandu dengan laju dan tidak memperlahankan kenderaan mereka semasa melintas dikawasan persekolahan. Hal ini memberi kesan yang amat bahaya kepada semua pelajar. Tambahan pula, mereka ini semua masih kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun dan masih tidak faham bahaya dijalan raya.”


Hujah beliau lagi, “ saya merayu kepada pihak bertanggungjawab agar segera menyediakan papan tanda ‘kanak-kanak melintas dihadapan’ dikawasan sekolah ini. Memang disini ada polis yang membuat rondaan setiap hari, tetapi mereka sekadar meronda dan tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap pemandu lori berkenaan. Setiap kali kanak-kanak melintas, sesetengah pemandu lori ini mengabaikan keselamatan kanak-kanak dengan memandu lori lebih laju.”

Tambahnya lagi, “saya mewakili penduduk disini merayu agar pihak-pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera. Kalau boleh, perbaiki jalan disini dan sediakan bonggol dijalan agar semua kenderaan yang melalui kawasan sekolah dapat memperlahankan kenderaan mereka.”


Seorang pemilik restoran berhamipran ketika ditemui berkata, “ memang ini menjadi masalah kepada mak cik sebagai peniaga, setiap hari mak cik terpaksa menyediakan penutup makanan supaya debu-debu yang kotor tidak menjejaskan makanan yang mak cik sediakan. Setiap hari mereka makan dan membeli nasi dikedai mak cik, mak cik nak tegur pun tidak boleh sebab mereka ini dah jadi pelanggan mak cik.”


Hujah beliau lagi, “ suatu hari, ada seorang pekerja lelaki yang bekerja di Pantai Merdeka menunggang motorsikal melalui kawasan ini. Pada masa itu, tiada sebarang bahaya pun yang boleh melibatkan kemalangan. Tiba-tiba tanpa tidak disedari, motorsikal yang dipandu lelaki tersebut terjatuh dan terseret sejauh 500meter. Lelaki tersebut jatuh dari motrorsikal disebabkan oleh tanah merah yang lincin yang mengalir dari atas bukit ke jalan raya. Walaupun telah berlaku kemalangan dikawasan ini, namun tidak ada sebarang perubahan yang dilakukan.”


Semua penduduk disini telah bersuara agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Wartawan media terkini semasa membuat liputan mendapati memang benar kawasan disini amat membahayakan semua palajar sekolah, kanak-kanak, penduduk dan semua yang menggunakan jalan disini. Tambahan pula, jalan yang digunakan ini satu-satunya jalan untuk pergi ke sebuah pantai percutian yang dikenali sebagai Pantai Merdeka. Sudah tentu ini menjadi jalan utama pelancong-pelacong untuk pergi ke Pantai Merdeka. Hal ini juga akan menjejaskan keselamatan pelancong-pelancong yang melalui jalan disini.


Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan