Pelajar PTPL Semai Bakti Derma Darah






Sungai Petani, Kedah-

Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam manusia yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien, dan hormon. Memandangkan Negara kita kekurangan bekalan darah, Jabatan Kesihatan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga demi masa hadapan rakyat dengan mewujudkan satu program derma darah.

Berpandukan kepada program Jabatan Kesihatan Malaysia, Unit Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani telah mengadakan satu Program Derma Darah dikalangan pelajar-pelajar dan kakitangan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sg. Petani baru-baru ini. Seramai 200 orang pelajar dan kakitangan turut hadir bagi menjayakan program tersebut.

Menurut Nurul Syazana, Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej PTPL Sg. Petani berkata, “saya amat gembira hari ini kerana dengan kerjasama pelajar-pelajar dan kakitangan kolej PTPL, kami berjaya mengumpul 60 pain darah melebihi dari sasaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, Kolej PTPL berjaya melakar sejarah yang pertama dengan wujudnya program menderma darah seperti ini.”

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pewakilan Pelajar (MPP) Kolej PTPL Sg. Petani, Muhd. Ibnul Hakim, ketika ditemubual berkata, “program ini diadakan betujuan untuk membantu Jabatan Kesihatan Malaysia bagi menambah bekalan darah Negara. Selain itu, program ini dapat merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar dan kakitangan kolej PTPL Sg. Petani.”

Hujah beliau lagi, “ Semua rakyat di Malaysia mestilah menderma darah kerana Negara kita amat memerlukan bekalan darah yang mencukupi. Sifat menderma darah adalah amalan yang mulia bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan darah bagi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.”

“Cuba kita bayangkan bagaimana jika sesuatu perkara yang tidak diingini telah berlaku kepada kita dan pada ketika itu kita telah kehilangan darah yang banyak dalam badan kita. Siapa yang hendak menderma darah kepada kita? Oleh itu, dermalah darah kerana ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kita.”

Program Derma darah ini telah diadakan di Tingkat 3, Dewan Bunga Raya, Kolej PTPL Sg. Petani. Program ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Pensyarah-pensyarah Kolej PTPL juga tidak ketinggalan untuk menderma darah.

Walaupun dengan semangat yang kuat, terdapat beberapa orang pelajar dan kakitangan kolej PTPL tidak berjaya untuk menderma darah kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat penderma darah yang diperlukan.

Justeru, Unit Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan darah bagi mengenalpasti tekanan darah tinggi atau darah rendah bagi pelajar-pelajar dan kakiltangan Kolej PTPL secara percuma. Selain itu, perkhidmatan bagi mengenalpasti jenis-jenis darah turut di sediakan secara percuma.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan