Wau Tetap Diminati





Gurun, Kedah -

Hobi dan permainan wau pada masa kini kian mundur kerana kemunculan pelbagai permainan teknologi yang berkembang maju berikutan kemajuan teknologi terkini seperti permainan komputer, playstation (PS) dan sebagainya. Tetapi di Kedah, permainan wau ini telah dimajukan oleh sepasang suami isteri yang mengusahakan perniagaan wau secara kecil-kecilan.

Perniagaan wau ini dikendalikan oleh Asmawaty Bt. Md. Ali dan suaminya Mohamad Mazwan Asyrafi sejak 5 tahun yang lalu. Ketika ditemu bual, Asmawaty berkata “golongan dewasa yang berbangsa cina paling gemar bermain wau berbanding golongan yang berbangsa melayu dan india paling sedikit yang meminati dan membeli wau disini. Hobi orang berbangsa cina berbeza berbanding orang berbangsa melayu dan india. Hal ini kerana, selepas orang cina bermain wau mereka akan gantung wau tersebut sebagai hiasan rumah dan akan membeli yang baru. Oleh itu, tidak hairanlah jika golongan berbagsa cina mempunyai minat dan hobi bermain serta mengumpul koleksi wau.”

Asmawaty turut memberitahu pendapatannya dari hasil jualan wau ini mencecah sehingga RM100 sehari ketika hari bersekolah atau bekerja. Manakala pendapatannya akan meningkat sebanyak RM200 hingga RM300 sehari ketika hari minggu atau cuti sekolah. Asmawaty dan Mohamad Mazwan memulakan perniagaan wau mereka seawal jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari. Mereka mendapat bekalan wau dari pembekal yang berada di Selayang, Selangor.

Terdapat 2 jenis wau yang dijual oleh Asmawaty iaitu jenis buluh dan jenis fibre. Asmawaty memberitahu, “Wau jenis buluh ini selalunya digemari oleh golongan pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Harga wau jenis buluh ini berharga RM2 hinggan RM8 setiap satu. Antara keistimewaan wau buluh ialah wau jenis Rangka Burung Helang yang berharga RM16 setiap satu. Keunikkan wau jenis Rangka Burung Helang ini adalah mempunyai dua kaki dihadapan berbanding wau-wau yang lain. Wau jenis fibre pula selalunya digemari oleh golongan remaja yang berumur 18 tahun dan keatas.”

“Wau jenis fibre ini dijual dengan harga RM8 dan keatas. Kelebihan wau jenis fibre ini adalah ia tidak mudah patah dan selalunya hanya dimainkan di tepian pantai sahaja. Wau jenis fibre ini terbahagai kepada 2 jenis tali iaitu menggunakan satu tali dan dua tali. Wau jenis fibre yang menggunakan dua tali selalunya dimainkan oleh golongan remaja yang berumur 20 tahun keatas kerana memerlukan kekuatan otot untuk menarik kedua-dua tali wau semasa sedang menerbangkan wau diudara.” katanya.

Kebanyakkan golongan berbangsa cina selalunya membeli wau di gerai Asmawaty dengan kuantiti yang banyak. Mereka selalunya membeli 10unit setiap satu jenis dan menjualnya semula di tempat lain. Kepada sesiapa yang ingin memesan dan membeli wau dari Asmawaty, bolehlah datang ke gerai milik Asmawaty dan Mohamad Mazwan yang terletak di Gurun.



Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan