Gejala Ponteng Meningkat Jika UPSR dan PMR di Mansuhkan




34 628 pelajar terlibat dalam gejala ponteng daripada 5 juta pelajar

Sungai Tiang, Kedah -

Istilah ponteng boleh didefinisikan sebagai kegagalan pelajar untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tanpa alasan yang munasabah. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada pelajar itu sendiri, dan bukannya melibatkan kes-kes yang boleh dimaafkan seperti sakit, kemalangan, kematian dan sebagainya.


Setelah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, namun sifat dan tingkahlaku manusia maih belum mencapai kemerdekaan yang sebenarnya. Hal ini dapat dikatakan kerana kes ponteng sekolah yang berlaku di negara kita makin berleluasa dan sukar dikawal.

Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran Malaysia, ponteng merupakan kes yang kedua terbanyak selepas salah laku kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak penting masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Kesan ponteng bukan sahaja menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran, namun lebih teruk lagi termasuk terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, gangsterisme, minuman keras, vandalisme, seks bebas, melepak dan sebangainya.


Statistik terkini kementerian memaparkan sebanyak 34 628 pelajar terlibat dalam gejala ponteng daripada 5 juta pelajar dinegara kita termasuk di peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun IPT. Hal ini dapat kita saksikan bahawa gejala ponteng makin menurun berbanding pada tahun 1999 sebanyak 38 053 pelajar terlibat dalam gejala ponteng.

Daripada jumlah berikut, sebanyak 99 peratus adalah pelajar lelaki yang terlibat dalam gejala ponteng.


Pandangan dan kajian masyarakat setempat menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng lebih terdedah dengan menghabiskan masa ketempat-tempat hiburan seperti pusat karaoke, kafe siber, pawagam, dan banyak lagi.


Sewaktu masalah gejala ponteng sedang berleluasa, Kementerian Pelajaran Malaysia melangkah setapak kehadapan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utamanya hanya untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, peperiksaan UPSR dan PMR berkemungkinan akan diteruskan tetapi hanya sebagai penilaian pencapaian pelajaran di peringkat sekolah sahaja dan bukan sebagai peperiksaan awam.

Muhyiddin berkata secara peribadi, beliau berpendapat bahawa perlu ada satu peperiksaan sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki IPT kerana di dalam soal kerjaya pun hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja yang digunakan.

Menurut beliau lagi, UPSR dan PMR sememangnya diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama, sekolah aliran agama, sekolah aliran sains dan sebagainya.

Cadangan dan pendapat yang beliau lontarkan sememangnya ditentang habis-habisan oleh golongan guru, barisan pensyarah, pelajar, dan masyarakat sekeliling. Hal ini dapat kita lihat sepertimana yang telah berlaku pada zaman dahulu penilaian darjah 5 dimansuhkan serta diganti dengan UPSR.

Sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan, ia memberi impak yang negatif kepada diri pelajar sendiri kerana semangat untuk terus belajar akan hilang dek arus perubahan pembelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar juga tidak lagi akan berminat untuk ke sekolah kerana tiada tujuan atau peperiksaan awam yang wajib diambil seperti dahulu lagi.

Kesan yang paling besar dan ketara sekali dalam hal ini menyebabkan gejala ponteng akan bertambah banyak dan berleluasa sehingga tidak ada pihak yang boleh mengawalnya lagi. Gejala ponteng yang kini ditangga ke dua tertinggi berkemungkinan akan menyandang tempat pertama dengan peratus gejala sosial tertinggi di Malaysia.

Slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang kita amalkan selama ini sememangnya juga tidak memberi kesan yang positif kepada bangsa dan negara. Hal ini disebabkan kemungkinan pemansuhan UPSR dan PMR akan menyebabkan rakyat tertekan, terutamanya golongan pelajar dan guru-guru.

Berlandaskan slogan berikut, pemimpin-pemimpin negara seharusnya mendengar suara dan pandangan rakyat dibawahnya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal memberi kesan negatif yang lebih besar.

Sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan, ia akan menyebabkan 60 peratus pekerja di Malaysia akan kehilangan pekerjaan sebagai guru di Pusat Kelas Tambahan. Selain itu, pusat-pusat kelas tambahan yang sedia ada juga terpaksa ditutup dan menyebabkan kerugian besar kerana tiada lagi pelajar yang akan belajar di pusat-pusat kelas tambahan.

YB Suraya Yaacob, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, ketika dihubungi berkata, “PMR mungkin akan dikekalkan tetapi perlu membuat penambahbaikkan dalam pembelajaran dengan mengambil kira pencapaian kemahiran lembut (soft kill) dan pencapaian sukan juga perlu menjadi kriteria penilaian.”

Sepertimana yang telah dipaparkan di media massa dan media elektronik, antara tempat yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar melepak adalah di kafe siber. Hal ini kerana ‘hujan kafe siber’ telah membanjiri di seluruh kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia. Ini juga menjadi penyebab kepada ketagihan dan tarikan pelajar untuk mengunjungi kafe siber serta menyumbang kepada peningkatan bilangan pelajar ponteng.

60 peratus pekerja di Malaysia akan kehilangan pekerjaan sebagai guru di Pusat Kelas Tambahan
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan