Kuala Muda, Kedah
Pengakap bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta parlimen.
Berdasarkan kenyataan berikut, satu perkhemahan pengakap peringkat antarabangsa yang diberi nama ‘Rover Moot Antarabangsa 2010’ telah diadakan selama enam hari diPantai Merdeka. Perkhemahan ini menghubungkan pengakap-pengakap dari Negara Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Perkhemahan ini mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari rakyat Negeri Kedah. Hal ini dapat kita saksikan bahawa, hampir 5000 orang telah mengunjungi tapak perkhemahan bagi menyaksikan pelbagai aktiviti yang diadakan. Disamping itu, lebih 300 peserta pengakap telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.
Disamping itu, pengunjung yang hadir juga turut berasa seronok dan bangga kerana berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan barisan pimpinan pilihan mereka sendiri. Antara pimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ialah YB. Yahya Abdullah (ADUN Jeneri), YB. Tuan Haji Abdullah (ADUN Pantai Merdeka), YB. Md. Zuki Yusof (ADUN Kuala Ketil), dan YB. Abdul Ghani Ahmad (Timbalan Speaker Dewan).
Majlis Penutupan Rover Moot Antarabangsa ini telah dirasmikan oleh YB. Dr. Hamdan (ADUN Tanjung Dawai). Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa majlis yang diadakan ini merupakan satu program yang amat bermakna kerana dapat mempamerkan agenda kebudayaan dan keseniaan dari negara-negara lain.
Hujahnya semasa merasmikan majlis penutupan berkata, “program yang diadakan kali ini cukup bermakna walaupun Indonesia sebagai ‘Negara Serumpun’ tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Malaysia kerana budaya kehidupan mereka lebih kurang sama. Dengan adanya program seperti ini, pengakap berpeluang untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“Kita perlu mengambil berat tentang program-program seperti ini. Ianya juga merupakan satu persatuan yang mendapat pengiktirafan dari segi Kokurikulum diperingakt sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sebagainya.
“Saya harap program seperti ini dapat diadakan dengan lebih baik pada masa akan datang. Kita akan jadikan Negeri Kedah sebagai tempat lawatan dan ‘Tuan Rumah’ untuk program-program akan datang. Saya difahamkan sepanjang tempoh perkhemahan berlangsung, telah berlaku pelbagai cabaran dan musibah yang mendatang. Walaubagaimanapun, kita harus bersabar dengan apa yang telah terjadi. Kalau hendak dibandingkan, Indonesia lebih teruk mengalami musibah berbanding kita. Hal ini kerana, Indonesia mengalami Gempa Bumi hampir setiap tahun.
“Saya berharap barisan kepimpinan Negeri Kedah dapat mengaturkan satu program yang bermakna seperti ini. Untuk tujuan itu, kita perlu berbincang dengan pihak lebih tinggi supaya dapat melaksanakan program pengakap yang lebih berkesan pada masa akan datang.
“Disamping itu, kita perlu ketengahkan kepada masyarakat mengenai kewujudan pengakap ini. Kita juga akan mengeluarkan ‘Sijil Penganugerahan Pengakap Diraja’ kepada sesiapa yang telah berkhidmat lama dalam pengakap ini. Penganugerahan ini merupakan anugerah dimana tandatangan semua raja-raja melayu berada didalam sijil tersebut.” Katanya.
Abdullah Md. Noh selaku Setiusaha Rover Moot ketika ditemubual berkata, “penyertaan dari segi peserta tidak berapa berkesan tetapi bilangan pelawat yang mengunjungi tapak perkhemahan telah melebihi sasaran yang dianggarkan. Walaupun kita gagal beberapa perkara tapi kita lihat ada potensi yang tertetu dari pengalaman yang kita timpa secara peribadi dan banyak juga sokongan dari orang lain yang tampil membatu dari hadapan.
“Kita akan jadian program ini sebagai program tahunan dan akan beri tumpuan lebih agresif untuk peserta luar negara. Disamping itu, kita akan buat kunjungan ke luar negara untuk junjung hormat meminta pihak kerajaan untuk membawa wakil pengakap dari negera masing untuk mengambil bahagian dalam akitiviti yang bakal kita adakan nanti.
Faisal Anwar, pelajar dari Universitas Pendidikan Indonesia, ketika ditemubual berkata, “Datang ke Malaysia sangat menyenangkan kerana disini udaranya amat panas berbanding Indonesia. Ini juga kali pertama saya datang ke Malaysia. Insyaallah, jika pimpinan mengutus kami pergi, kami akan pergi lagi ke Malaysia.”
Ririn Susilawati antara peserta pengakap dari Indonesia ketika ditemubual berkata, “Malaysia seronok cuma udaranya amat panas. Disini begitu nyaman dan tenang, soalnya bisa bertemu pengakap dari luar daerah dan luar Negara Indonesia. Kita juga bisa bertukar kebudayaan diMalaysia ada, di Indonesia tidak ada begitu juga sebaliknya. Insyaallah, kalau bisa kami masih memimpin dan pemimpin kami mengizinkan datang ke Malaysia, kami akan datang kesini.”
Laskar Kanan Shukri menjelaskan tiada sebarang masalah semasa membuat pameran disini. Hujahnya, “Sejak hari pertama lagi kami mendapat kunjungan yang ramai dari pengunjung yang hadir. Selain itu, kami juga mendapat sokongan dari peserta-peserta pengakap dan pelajar-pelajar sekolah yang hadir kerana mereka ingin mengenali lebih lanjut dan terperinci mengenai cara menyedut gas dan bernafas semasa berenang dalam air.”
0 Komen :
Catat Ulasan