Tol Plus mungkin naik 5% tahun hadapan

JERLUN - Kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) mungkin akan dinaikan sekurangnya lima peratus pada tahun hadapan.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, kenaikan itu amat diperlukan berikutan kos tanggungan yang semakin meningkat.

“Kenaikan itu bergantung kepada kerajaan sebab ia masih belum diputuskan sama ada berlaku kenaikan atau tidak.

“Tetapi kalau ikut perjanjian konsesi, memang Plus sepatutnya menaikan kadar tol. Tapi kenaikan itu tidak banyak iaitu lima peratus sahaja atau bersamaan 0.68 sen perkilometer,” katanya.

Menurutnya, kadar tol itu bermakna pengguna perlu membayar kenaikan sebanyak 70 sen bagi perjalanan 100 kilometer berbanding kadar terdahulu.

“Plus tidak menaikan kadar tol sejak 2005. Selama ini, peningkatan kos terpaksa kita tanggung sendiri tanpa ada kenaikan baharu.

“Perbincangan juga telah dibuat melibatkan semua peringkat, tapi keputusan muktamad bergantung kepada pihak kerajaan,” katanya.

Jelasnya, perjanjian konsesi juga telah menganggarkan keperluan pada masa akan datang sebab kos semakin hari semakin meningkat.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan