Pesuruhjayanya,
Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, Perhimpunan Agung Umno yang baru
berakhir turut menyerlahkan masalah besar yang sedang melanda parti itu
sehingga kelihatan tidak dapat diselesaikan lagi.
“Sekalipun
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pelbagai ‘sekatan’ dalam
PAU bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun masakan bagai
gajah boleh ditiup.
“Disamping
satu pihak yang berkepentingan kelihatan menyokong Najib, golongan yang lebih
besar khususnya di akar umbi pula menyanggah Presiden parti itu,” katanya
Menurutnya,
Umno yang menjadi teraju utama dalam BN turut menjadi sasaran kemarahan rakyat
akibat pelbagai skandal dalam 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, cukai barangan dan
perkhidmatan (GST), cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi, perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPP) serta bebanan kos hidup yang semakin bertambah.
“Isu-isu
tersebut secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan benar-benar sedang
nazak dan kelemasan,” katanya.
Jelasnya,
Pas Kedah juga menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Ser Abdul Hadi Awang
yang menyeru supaya Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam
dalam segenap sendi perjuangannya.
“Seruan itu
bertepatan dengan masanya, memandangkan banyak kehancuran yang berlaku dalam
negara dan pelbagai derita yang melanda rakyat adalah angkara kegagalan Umno yang berpunca dari tindakan mengetepikan syariah.
“Jika
kepimpinan tertinggi Umno tidak bersedia untuk menyahut seruan Pas, maka saya menasihatkan
ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti itu dan sertailah Pas beramai-ramai,”
katanya.
Ujarnya, pelbagai saranan yang dilontarkan oleh pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) pada Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini juga
menunjukkan keselesaan rakyat untuk bersama Pas dalam memperjuangkan nasib
rakyat.
“Ia memberi
isyarat bahawa Pas wajar menggantikan Umno sebagai parti yang dominan di
kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini,” katanya.
Berhubung
tahaluf siyasi yang masih dipertahankan dengan PKR melalui muafakat Pakatan Rakyat, Pas
Kedah mengambil pendekatan proaktif untuk terus menjalin kerjasama politik
dengan parti tersebut.
“Perbincangan
akan dibuat dari masa ke semasa khususnya dalam menyelaraskan program kedua-dua
parti sebagai persediaan menghadapi PRU14,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan