PKR bimbang PM selepas Najib

PKR bimbang siapakah calon Perdana Menteri Umno yang baharu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak jika pembangkang masih belum boleh menguasai kerajaan.

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, ia kerana calon Perdana Menteri itu dikhuatiri boleh menyalahgunakan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan Dewan Rakyat 3 Disember lalu.

“Kita tak tahu bila Najib akan jatuh. Bila-bila pun boleh jadi dalam tempoh dua tahun ini.

“Kita bimbang sebab Perdana Menteri diberi 'kuasa' seolah mengatasi kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian pada sesi forum RUU MKN 2015 di sebuah hotel dekat Alor Setar, baru-baru ini.

Menurutnya, pembangkang sudah tidak larat untuk mengadakan demonstrasi jalanan selain mengharapkan suatu keputusan daripada rakyat untuk membuat perubahan dalam hal berkaitan.

“Dulu hatta nak isytiharkan apa pun, termasuk lihat anak bulan perlu dapatkan nasihat daripada Raja-Raja Melayu.

“Tetapi dalam RUU MKN ini tidak perlu. Misalnya Kedah kelihatan semakin gawat dalam hal-hal tertentu, maka dia boleh mengisytiharkan Kedah sebagai kawasan keselamatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan masih belum ada keperluan untuk pihaknya bertemu Yang di-Pertuan Agung termasuk Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu tersebut.

“Tetapi kecenderungan untuk Sultan-Sultan bersuara dalam hal berkaitan kepentingan rakyat sudah ada,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan