Persidangan Dun Pulau Pinang |
GEORGETOWN – Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang mungkin akan dibubarkan pada minggu depan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pembubaran Dun Pulau Pinang hanya akan diadakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.
“Kita jangka mungkin parlimen akan dibubarkan pada Jumaat. Kita tunggu sehingga pembubaran parlimen.
“Selepas itu, Dun Pulau Pinang mungkin (bubar) minggu depan,” katanya.
Pada PRU13, PR pada ketika itu menang dengan majoriti mudah dan membentuk pentadbiran kerajaan negeri untuk penggal kedua.
Keputusan PRU13 lalu menunjukkan DAP menang di semua 19 kerusi Dun dan 7 kerusi Parlimen yang ditandingi.
Kompleks Dun Pulau Pinang |
Manakala PKR menang 10 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen. Sementara Pas yang masih bersama PR pada ketika itu hanya menang 1 kerusi daripada 6 kerusi yang dipertandingkan.
BN yang bertanding di 40 kerusi Dun dan 13 kerusi Parlimen hanya menang 10 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen.
0 Komen :
Catat Ulasan