ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa terdapat ugutan daripada wakil DAP supaya jangan mengundi BN jika ingin mendapatkan bantuan pendidikan khususnya bagi sekolah persendirian Cina pada PRU13 lalu.
“DAP kata kalau nak kerajaan negeri bagi dana kepada sekolah-sekolah persendirian Cina, jangan undi BN. Maka itulah hasilnya yang dapat kita lihat sekarang.
“Sebab itu keputusan PRU13 menyaksikan kawasan-kawasan yang majoriti masyarakat Cina undinya kepada BN menurun,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dun Kedah, semalam.
Menurutnya, ugutan seperti itu juga dipercayai masih wujud sehingga hari ini.
Sementara itu, Adun Kota Darulaman, Teoh Boon Kok (DAP) mencelah penggulungan itu dengan menafikan dakwaan tersebut.
“DAP tidak pernah ugut. Jangan pandang rendah kepada rakyat jelata kerana DAP tidak mampu lakukan provokasi supaya jangan mengundi BN atas tujuan itu.
“Malah saya dalam sesi perbahasan sebelum ini juga meminta supaya kerajaan negeri memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan