DAP akui bermasalah dengan PKR

ALOR SETAR – DAP akui mengalami masalah dengan PKR dalam beberapa perkara, namun ia diyakini tidak menjejaskan hubungan dalam Pakatan Harapan.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, ia merupakan masalah biasa dan percaya gabungan itu mampu kekal sehingga PRU14.

“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, tiada wakil PKR yang kelihatan hadir dalam program lawatan ke Pasar Koboi, Alor Setar baru-baru ini.

“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah (komunikasi), tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen," katanya.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihanraya selepas terbubarnya Pakatan Rakyat.

“PR hancur oleh kerana Pas tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan tidak mahu ikut prinsip konsenses yang kita persetujui.

“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihanraya untuk menggantikan BN,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan