Kerusi Dun Phahrolrazi dipindah ke belakang

ALOR SETAR – Kedudukan kerusi Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berada di barisan belakang pada sebelum ini terpaksa dipindahkan ke belakang bersama rakan-rakan dari Pakatan Harapan.

Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Safian berkata, keputusan itu dibuat selepas Phahrolrazi menyerahkan surat rasmi mengenai pertukaran keahlian partinya daripada Pas kepada Amanah.

“Phahrolrazi ditempatkan di kedudukan Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat. Manakala tempat Adun Sungai Limau dipindahkan ke barisan hadapan bersama rakan-rakan daripada Pas dan bersebalahan dengan Adun Bakar Arang, Ooi Tze Min (PKR),” katanya semasa persidangan Bajet Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Isnin lalu.

Pertukaran itu turut menyebabkan berlaku sedikit perubahan pada kedudukan kerusi Adun Pas yang lain dibarisan hadapan.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan