Amanah bimbang RM2.6 bilion diagih untuk ketua bahagian

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah menzahirkan rasa bimbang sekiranya wang ‘derma’ sebanyak RM2.6bilion diagihkan kepada Ketua-ketua Umno Bahagian untuk tujuan tertentu.

Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu tidak harus dibiarkan berlaku dan wajar ditanggani habis-habisan.

“Apabila dalaman Umno juga tidak puas hati (isu RM2.6bilion), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin boleh mengagihkan sebanyak RM1juta kepada semua Ketua Bahagian.

“Dengan umpan sebegitu rupa, akhirnya orang senyap. Tapi rakyat tidak boleh terus berdiam,” katanya.


Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan