Mukhriz sedia letak jawatan?

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia melepaskan jawatannya demi kelangsungan Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

Perkara itu dijadikan viral oleh pemilik Facebook Edisi Siasat selepas beberapa minit Mukhriz menyampaikan ucapan pada perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, baru-baru ini.

Perjumpaan bersama pimpinan Umno Bahagian dan Negeri itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Mukhriz bagaimanapun tidak menafikan viral tersebut dan menegaskan untuk terus mengutamakan kepentingan rakyat.

“Saya sedia undur diri dan serahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu meyakinkan rakyat menjelang PRU14.

“Namun jika rakyat merasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dan pastikan kita terus mentadbir negeri ini,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan