Perlis alami gangguan bekalan air dua hari



KANGAR- Syarikat Air Perlis mengumumkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan selama 24 jam mulai Isnin ini berikutan kerja penyambungan paip baharu projek Lencongan Banjir Barat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, gangguan tersebut akan bermula dari 26 Oktober jam 10 pagi, hingga 10 pagi keesokannya.

Kawasan terlibat ialah seluruh Parlimen Kangar meliputi Behor Pulai, Abi, Bintong, Tebing Tinggi, Wang Ulu dan Kuala Perlis serta Simpang Empat dalam Parlimen Arau.

Beberapa kawasan juga mungkin mengalami tekanan air rendah dan keadaan itu dijangka pulih sepenuhnya mulai 2 petang.

Berikutan itu, Syarikat Air Perlis meminta orang ramai menyimpan dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh berkenaan.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan