ALOR SETAR –
Isu penebangan balak di Hutan Bukit Perangin, Wang Perah yang dibangkitkan oleh
beberapa Adun BN dan pembangkang baru-baru ini, mendapat perhatian serius Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) Kedah.
Azmi (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat PAC Kedah |
Pengerusinya,
Datuk Azmi Che Hussain pada sidang media di Wisma Darul Aman menegaskan untuk
memanggil semua jabatan kerajaan yang terlibat dalam kerja-kerja penebangan
balak tersebut.
“PAC pandang
serius dan akan panggil Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya
untuk beri taklimat ekoran kebangkitan isu balak,” katanya.
Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 23 Oktober lalu mengakui pemilik tanah tersebut mempunyai hak
membangunkan tanahnya selagi menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri.
Tanah seluas
kira-kira 2,000 hektar yang ‘dicerahkan’ itu adalah bagi membangunkan projek
pertanian oleh pemilik tanah, iaitu Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI)
sebagai ladang getah.
0 Komen :
Catat Ulasan